Friday 30 September 2011

Kawan Baik

Pernah tak tersuka seseorang di alamaya?


Fall for you. *sila layan Secondhand Serenade. eh betul ke aku eja? lol


Aku ada sorang kawan ni. Lelaki. Nama dia si polan bin si polan. Ok, rahsia lah. Takkan aku nak bagitau kot. Kot la dia terbaca blog aku ni? Malu babe. Ok mari panggil dia H. *aku rasa nama dia start dengan huruf H. wink wink* Aku kenal si H since kami umur 17 tahun. 2007. Yep masih comel masa tu tapi sekarang lagi comel. hoho.


Oh ya lupa, aku kenal dia di alamaya. Tapi bukan facebook la. Aku baru je buat account facebook tahun 2008. Ha ha ha. Bagi aku dia memang friendly, sebab tu hati aku tergerak untuk kawan dengan dia. ecehh. Tapi seriously memang tu sebab aku nak kawan dengan dia selain dia cute. HAHA. 


Faktor yang menambahkan rasa suka aku untuk kawan dengan H ialah pada waktu tu aku tak letak pun gambar real aku. Tapi dia tak kisah pun pasal tu, malahan tak pernah tanya pun kenapa aku tak letak gambar. Selain dia, semua yang aku kenal, lelaki terutamanya mesti tanya aku kenapa tak letak gambar. Dia je yang tak pernah ungkit pasal tu. Serious aku semakin terharu. wuu wuu.  


Pernah tak rasa sangat ngam bila kawan dengan somebody walaupun baru kenal? 


Yes, aku memang rasa ngam bila kawan dengan dia. Walaupun aku hanya kenal dia dengan chat di alamaya. Bila borak, kami hanya beraku kau je. Sangat lepak bila borak dengan H. Dan yang paling penting aku tak rasa hipokrit. Bab gurau kasar ke apa memang dah biasa dah. Cara kami borak tu seolah olah macam kawan sekelas, macam selalu lepak keluar jejalan padahal puihhh jumpa pun tak pernah. Tak pernah kot selain dia kawan alamaya yang lain boleh buat aku rasa macam ni.


Kami memang kawan baik. Yes, aku sangatlah happy bila dia cakap aku kawan baik dia. Seriously fuckin happy! Friends forever dude! 


Yet, dalam masa yang sama aku rasa aku suka kat dia. 


Based on psychologic study, a crush only lasts for a maximum of 4 months. If it exceeds, then you are already in love.


Dan aku dah bukan setakat 4 bulan tapi 4 tahun! Ok la tak sampai 4, 3 tahun. hoho. Seriously aku memang parah. Malunya berperasaan begini. Walaupun begitu, aku sayang jugak our friendship ni. Aku memang sayang kau weh! Harap suatu masa nanti kita dapat jumpa in real life. Insya-Allah (:



Friday 23 September 2011

Penipu


“Kau dah siap?”
 
“Tengah siap siap. Kau?” 
“Aku dah siap.”
Padahal? Bila aku sampai je, baru nak bangun?

Kalau belum, tak boleh ke nak cakap belum? Perlu ke nak tipu? Tak nak mengaku salah?
Seriously, aku paling benci orang menipu. Lepas tu aku kena tunggu kau pulak. Perkara kedua aku benci ialah menungggu. Kau rasa apa perasaan aku sekarang? Tiba-tiba aku rasa nak sepak orang.

Kalau dah benda kecik kau boleh tipu, yang besar? Apatah lagi kan.

Oh kau tak kesah kalau aku tipu kau pulak lain kali?

WTF.


Wednesday 21 September 2011

Sengih sengih


Awak comel lah!



Awak comel sangat tau! Eh, sesuai ke guna comel untuk awak? Ah lantak. Saya suka tengok awak dari jauh. Dari jauh je lah sebab saya tak berani nak tegur awak. Saya kan pemalu. Ehem.

Suatu hari, kita duduk semeja. Masa tu saya tengah makan, tiba tiba awak tegur saya. OMG! Nasib baik tak tersedak saya dengar awak tegur tu. Malu saya.


Macam ni lah perasaan saya *wink wink


suke suke. huhuhu!

*gedik jugak aku ni. ngehh

Sengih sampai lenguh mulut ni :D



Lepas ni tegur lah saya lagi. Hoho! 

Janji Manismu


Bukan pasal pakwe. Bukan pasal awek. Eh?

“Nanti aku bawak buku tu tau.” 
“Eh, yeke? Ok!”
Menunggu.

Setelah sekian lama. Janji lesap begitu saja. Dia lupa kot. Takpe la. *sigh

“Oh takpe, nanti aku bawak eh.” 
“Ok.”
Menunggu. Menunggu. Masih tak tepati.

“Ala takpe nanti aku bawak ok?” 
“Oh..” *pandang siling
Macam biasa. Memang tak leh pakai lah janji kau tu! Kenapa mulut tu senang sangat nak berjanji? Sumpah aku tak paham orang macam ni.




Ke kau bukan orang? Sejenis kertas?

Haihh.

Kedua

Dear blog,



Ehem maksud aku, my very personal blog. Sorry to say that you are my second one. Tapi ! Jangan risau aku tetap sayang kau macam blog pertama aku. Harap kau faham. 



Yours sincerely,
Eff

heh heh heh!