Serious aku memang tak boleh tengok muka mamat ni ! Sakit mata wei tengok dia ni ! Kejam kejam kejam !
Makin lama tengok makin tak senang duduk. Makin sakit mata. Apa lah salah aku sampai begini jadinya );
Sebab..sebab..sebab dia sangat ensem lagi comel ! Izzue Islam wei ! Kenapa lah awak ensem gile weh. Dah bape ratus kali aku ulang ulang tengok Tudung Tweet. Hahak gila doe aku ni.
Tapi ! Percayalah bahawa bukan aku sorang je minat beliau. Percayalah jugak bahawa tak rugi minat beliau sebab beliau sangat friendly dengan peminat beliau. Serious weh tak tipu ni. First time Izzue reply tweet aku, rasa nak jerit satu kampus ni ! Wakakaka melampau.
jangan nak gedik curik |
Aku ingat lagi masa first time aku nampak Izzue dalam citer Cita & Cinta .
Eh? Sape dia ni? Asal aku tak pernah nampak pun sebelum ni? Pelakon baru ke? Ensem !
Kali kedua aku nampak dia dalam cerekarama Azam Ala Kazam.
Eh? Macam pernah nampak la dia ni? Kat mana eh?
Yes, aku tak ingat kat mana aku pernah tengok muka dia.
Tak bape lama lepas tu, tetiba muncul lagu baru yang agak hot. Berdua Bersatu. Memula aku buat dek je dengar lagu. Belum rasa best lagi. Roomate aku sebok dok cakap pasal lagu ni band Forteen yang nyanyi. Kejadah Forteen ntah. Tapi bila dah beratus kali roomate dok pasang lagu tu, maka tersuka plak! Aku ingat start suka bila Mat Luthfi buat video pasal Melayu yang tengah hot skang. Makin best plak lagu ni kan.
Lepas tu, aku dengar kat Youtube.
Asal la aku macam pernah tengok je mamat yang rambut panjang ni? Pelik pelik.
Memang susah la kalau nyanyuk sebelum tua ni. durhh.
Aku pun gi siasat. Sah sah sah. Memang orang sama yang aku pernah nampak sebelum ni. Baru aku tau nama dia Izzue Islam. Rare kot nama ni. Huhu ! Nama yang ensem se-ensem tuannya. hua hua hua!
P/S: teringin nak jumpa Izzue ! tolong tolong. huwaaa