Wednesday 28 December 2011

Saya gay saya ok. Err

Yo yo!


Aku skang ni tengah tension. Tension plus geram hoihh! Rasa nak baling baling je dughiyan kat muka kawan aku yang sorang ni. Rasa je. Buat tak pun. Haih kalau nak pape mesti nak time tu jugak. Takleh nak saba sikit. Perangai taknak kalah pompuan haihh. Naik lomak betoi. Arghhh. Demi nak lupakan geram aku tu aku nak update belog sepuaih hati aku. Hah!

Oh ya, semenjak dua tiga menjak ni kan macam selalu plak isu pasal gay ni timbul. Aku pun tak paham nape jadi macam ni. Situ gay sini gay sinun gay. Haisyyoo. Tengah isu gay ni hangat diperkatakan, aku terjumpa plak sebuah fesbuk (eh sebuah ke?) yang pemiliknya dikatakan gay. 

Ekceli kalau uollz nak tau owner fesbuk tu aku penah kenal dulu. Tapi bagi aku bukan boleh diklasifikan sebagai kawan kot? Sebab masa aku kenal beliau tu, aku kenal kat mespes je. Ye mespes la mespes. Borak sekali dua je pun. Heh. Tapi! Aku memang cam ar muka beliau. Betul gay ke tidak tu beliau sendiri je yang tau. Aku taknak komen kang tak pasal pasal tambah lagi dosa yang sedia ada ni. Hohoho.

Dan! Tengah kepala aku masih ligat fikir pasal gay, tetiba ada sorang bro yang juga blogger tweet pasal gay jugak! lololo

Aaaaarr apakah maksud semua ini?


Kompen la hancur luluh berkecai hatikuh kalau orang yang aku suka seorang gay

Kengkawan lelaki aku tolong la jangan mengada ngada melibatkan diri dalam golongan tersebut. Aku tetiba teringat kat salah sorang kawan aku ni. Adakah beliau? Adakah adakah? Please please jangan camtuh. Kang aku nangis kang sape nak pujuk ni. Haa haa. Tapi yang paling penting jangan bakal suami aku nanti gay. Ade gak yang terbunuh nanti haa. 

P/S: jadi normal ok?

Friday 23 December 2011

Apa nak jadi dengan kau ni hah?

Aku sendiri sampai taktau nak ukur tahap kemalasan aku ni. Betapa nerakanya malas ini. cis cis cis. Study memang tak boleh lebih dari tiga jam. sak sak! Lagi bape hari je nak final woi. Kau ingat kau bijak cepat pick up sangat ke? Hotakmu *terjun KLCC

Natang elmo yang comel

Nak study malas. Nak makan tak malas plak? 

Okay rasanya aku tau kenapa. kbai

P/S: i miss you like a hell !


Wednesday 21 December 2011

Ye saya memang kawan yang baik

Haip kengkawans si pembaca senyap!


Tak buleh belah puji diri sendiri haktuii. Eh tak baek ludah ludah weh. Bukan nilai murni. 

Dua hari lepas adalah hari bengang Eff. Ye akulah Eff. Eff adalah aku. Aku adalah Eff. Gedik main ulangulang ciss. Kalau nak citer bengang aku tu mau berkajang kertas kajang pun tak mungkin cukup. Tapi apa yang aku nak cakap kat sini ialah pada hari yang sama tersebut aku tak bengang keseorangan. Aku bengang beramai ramai. Tengah sebok mengtweet rasa bengang aku di twitter, aku nampak dua makhluks yang juga bengang. 

Yang sorang ni bengang sebab ade lelaki yang bermulut ohmakkau kalah pompuan melaseri beliau. Tahap longkang. Aku simpati kat beliau sebab beliau perempuan. Menitik air mata bila dilaser sedemikian. Aku taktau la ape masalah lelaki tu sampai nak laser kawan aku camtuh. Dia ade buat salah kat kau ke hah? Hah? Hah? Kau ni mental ke hape. Kau ingat kau ensem ke hoi? Sila minum klorox sekarang. Aku kesal sebab tak dapat tolong beliau. Hanya boleh suruh beliau bersabar. Kalau lagi dilayan lagi seronok mangkuk tersebut. Bermakna misinya berjaya. 

Lagi sorang kawan aku ni bengang dengan gf dia. Aku taktau details tapi yang aku tau si awek telah menipu dia. Tak jujur in relationship. Dia kelihatan sedih. Kesian gak kat dia tapi aku malas nak sebok. Bukan ape la kan sebab aku tau kalau saat emosi dia tengah tak stabil tu buang masa je tego. Usahkan nak dengar apa aku cakap, citer lagilah tak.  Aku bukan ape sebagai kawan aku concern la. Kalau aku tak anggap kawan dah lama aku cakap lantakkau la. Tapi bila lama sikit baru ok bila aku tanya. Laki memang macam tu ek. 


Yang pelik hari tu tetiba dia tego aku dulu dan double pelik lagi dia minta pendapat aku. Adeih aku bukan tak nak tolong tapi bab kapel ni aku malas la sikit sebab aku tau dia lebih pakar dari aku. Maksud aku sangat pakar. 


Aku taknak cakap banyak. Aku just nak cakap yang girl tu beruntung sebab kawan aku tu sayang sangat kat dia. Nasib baik sayang mengatasi segalanya. Kalau tak? Ask yourself.


Jadi sayangilah pasangan anda. Takmau tipu. Takmau curang.


P/S: aku memang paham kau. kau? pasti tak. T_T

Sunday 18 December 2011

Time table aku sem ni

Semalam bersamaan Sabtu adalah waktu untuk semua student degree buat time table untuk sem depan. Tapi disebabkan akunye subject agak kelam kabut, dah tukar study plan jadi susah sikit nak buat timetable. Nasib baik ada kawan ku baik hati tolong aku buat time table. Serious beliau banyak tolong aku. Thanks Eka! Sayanng kau babe! muah muah

Buat masa sekarang aku just add 3 subjek je. Awal sem depan baru add lagi satu dan drop Specialized Tax. Aku ingat nak gantikan Specialized Tax tu dengan IBF. Dengar citer akak senior cakap IBF senang sikit. Kalau dah ada yang senang kenapa nak susahkan diri ambik yang susah, ye tak? Bukan lah tak nak terima cabaran tapi ini soal masa depan. Cewahh tetiba serious plak. ahakk.  

Ingat nak print screen tapi memandangkan timetable aku belum complete jadi takya ah.

P/S: aku rasa tak sabar nak balik. padahal exam pun belum kot hoho

Friday 16 December 2011

Biasa la tu kan

Gua tak tau la gua ni jeles ke hape. Gua jeles ke ek? 

Memang perkara biasa ek kalau awek nyanyi nyanyi bagi pakwe dengar sambil berskype? Weh gua malas nak dengar la giloz.

Memang biasa ek kalau kapel, si perempuan akan jadi tergedik gedik meluat-aku?

Memang biasa ek kalau kapel ni, perempuan tu nampak gedik orang tapi gedik sendiri? Adakah gua yang patut nampak semua tu?

Memang biasa ek bila kapel si awek yang pakai tudung pun boleh free hair bila skype dengan pakwe?

Memang biasa ek kalau gayut 30/7 jam sehari? Serious gua cakap bahaya babe. Telinga lu babe telinga. Pekak lu tau tak? Lu memang dah pekak pun. Gua jujur.

Memang wajib ek bila kapel kena cakap kuat kuat gayut tepon ngan pakwe? Lu ingat orang lain terhegeh hegeh ke nak dengar? waterpark!

Memang biasa ek kalau kapel kita sepatutnya menerapkan dalam diri supaya lebih pentingkan pakwe berbanding kawan yang selalu ada masa kau susah?




Tolong ar. Gua jeles ke weh? Okay buang masa je gua tanya kat sini.


Semakin hari semakin sayang




Bai.


P/S: gua rasa Izzue pun menyampah kalau macam ni. ye tak Eff?

Thursday 15 December 2011

Jeles dowh dengan mereka

Heyho Fyy is here.


Dalam kelas gua ade tiga orang student yang jarang gile babeng nak datang kelas. Ketiga-tiga mereka adalah lelaki. Tahap ketidakhadiran mereka ke kelas telah menyumbang dialog rakan sekelas dan juga pensayarah,


Pensayarah pon boleyy. pensyarah pensyarahh. 


Eh la Deris kelas ni rupanya. Gua baru tau. - kata Abu yang bergua lu dengan membernya.
Eh sejak bila Samad ni satu kelas dengan kita? LOL - perli Didi
Eh, awak student saya ke? Tak nampak pernah nampak pun sebelum ni. - kata Puan Melati kepada pelajar tersebut.

Macam biasa nama adalah rekaan semata mata.


Tapi tipu la kalau kata tak jeles dengan dorang bertiga. Kenapa? Sebab walaupun mereka ini selalu tak datang kelas. Hanya muncul ketika saat saat genting ketika kuiz dan exam saja tapi mereka pandai doee. Haih cuba cakap sape tak jeles weii. Gua jeles tau tak?! Best je kan jadi orang.


P/S: gua harus tingkatkan kuasa kuda demi final exam nanti. yeahhh!



Wednesday 14 December 2011

Perkara-perkara yang patut dibuat ketika berada di dewan peperiksaan

Hoihoi


Berikut merupakan perkara (s) yang anda patut lakukan ketika berada di dewan peperiksaan. Cara senang untuk buat kengkawan anda gelabah. Jyehahah


1. Jika subjek tersebut adalah subjek mengira pastikan anda tidak lupa untuk bawak kalkulator kesayangan anda itu. Sila tekan dengan bertubi tubi agak agak macam nak tercabut nombor tu pun boleyy. 

2. Rajin rajin mintak kertas jawapan dari invigilator walaupun anda taktau pun nak tulis apa. Takpe mintak je bukan kena bayar pun heh. Salin je soalan tu sampai penuh. Nampak sangat terrerr. 

3. Seringlah keluar awal setiap kali exam. Kengkawan kat sebelah konpem gelabah nak cepat siap untuk keluar awal jugak. kehkeh. 

Jika mereka kelihatan gelabah maka anda memang berjaya saiko dorang. kahkah.


P/S: final exam huarhhh!

Saturday 10 December 2011

Secret admirer haktuih

Dua hari lepas aku ade kuiz. Tapi malangnya kuiz buat kat hall. Jadi terpaksa la menapak secara berjemaah ke sana. Agak panas la hari tu. Sampai je terus bersila sambil kipas guna kertas sementara tunggu lecturer datang. Tetiba aku rasa nak tengok henfon aku. Tengok je, eh sape lak main miscall aku ni. Number sape ntah takde plak dalam list contact aku. Maka aku yang berprasangka baik ni terus message number tu.

Aku: Sape ni?
X: Secret admired awak la

Kejadah? LMAO. Jangan nak buat lawak sangat la kan. Aku masa tu dah la nak kuiz dengan panas jalan kaki tadi tak hilang lagi. Ni kau nak memain dengan plak dengan aku kan. Aku tak reply dah lepas tu. Haromm betul. Kau ni memang la kan saje nak kena sepak dengan aku ni. Huh. Siap lu kalau aku tau sape. Ha ha ha


P/S: masa untuk tidoo. huarhh

Apa yang lelaki nak sebenarnya?

Kau clash dengan gf kau then cari gf baru. Gf baru lebih baik dari gf lama kau. Tapi tak lama lepas tu kau mintak putus dengan gf baru kau tu. Alasan tak munasabah kau bagi. Tak lama lepas tu kau back to gf lama kau. Kenapa? Sebab dia boleh bagi apa yang kau nak? Macam tu ke weh?

Aku bukan la sesaja nak tunjuk emo tapi aku pelik lagi hairan kenapa sesetengah lelaki tak leh nak appreciate apa yang dorang dapat ha? 

Atau kau hanya nak test market?

Jika perempuan tu sanggup terima kekurangan/keburukan kau, kenapa kau tak boleh terima 'kekurangan' dia yang kau anggap tu?

Aku ingat lagi Ed penah cakap,

Kalau rasa tak mampu, jangan mudah bagi harapan.

P/S: what goes up must come down

Hyeahh akhirnya aku berjaya!

Akhirnya aku telah berjaya merealisasikan impian aku selama ni. Impian waklu sangat. Okay camnih, sebelum ni aku telah beberapa kali berniat untuk deactivate fesbuk kesayangan aku tu. haktuih. Maka aku pun deac la selama seminggu. Tapi rasanya takde apa pun yang berubah.

Atas sebab apa aku deactivate? 

Itu biar la aku je yang tau. Lagipun aku malas nak tulis. Tak berbaloi pun. 

Hari ni aku baru activate balik. Semuanya sama. Tetap sama. Ya macam yang aku cakap tadi takde apa pun yang berubah. Perkara ni terlalu rumit untuk diungkapkan. Terlalu. Takde sape yang akan paham. Mungkin.

Kbai.

Friday 9 December 2011

Maapkan saye !

Hei hei


Nampak tak aku dah tukau header baru tuuu kat atass! HEE. Fenat fenat aku edit tau. Padahal letak nama je punn. hok hok. Tapi tapi kan takpe ke ehh aku letak gamba abang2 forteen tu. Maap i bukan nak buat fake belog korang ke ape, i just peminat uolls jee. Lagi pun i tengok gambar tu sangat cool lalu i terus jadikannya header. ngehngeh.

Oh ye, tak silap aku caption gamba tu tertulis untuk kawan2. Jadi kira takpe la kan kan. 


Tu je. kbai.

P/S: sengsorang aku kat umah huwaauu

Wednesday 7 December 2011

Suke gile babeng woi!

HAHAHAHA !


Ni bukan cite lawak okeh. Tapi ni aku terlampau excited gile babeng kuasa lima. Hahhh ambikk kuasa lima terus!

Gile ke kau?

Waras lagi ni wehh. Huahuahua. Suke gile babeng ni. Serious! Rasa tetiba hilang mengantok plakk. Hohoho


amik kau favourite terus dowh! HAHA


Oh ye nama i terpaksa dipadam. Sebab i pemalu. Serious. 

Sile jeles. 

Saat ini aku rasa nak terkinja depan laptop je. Hyayayahaha. 

Kbai !

P/S: nak mimpi Izzue sat

Sunday 4 December 2011

Kesah si Peah terkantoi

Heyyo hari ni kite nak citer kesah si Peah terkantoi. Bukan Peah dalam list sebelah tu yek. Peah lain ye. 

Andaikan Peah tu kite ye.

Citer ni dah lama dah. Lebih kurang 3 tahun lepas camtuh ar. Masa tu pesbuk tak sepemes skang. Tak selucah skang. Opss maap. ohokk. Terbatuk plak kite. Hyeheh. Mespes tengah pemes time tu. Peah memang suka main mespes ni. Seronok sebab ada ramai kawan. Suka betul Peah add orang. Orang pun suka add Peah. Walaupun tak kenal sape main add je. Lantak ah janji kawan ramai. Hehe. 

Ada sekali tu Peah boring gilakk. Taktau nak buat ape. Dah memacam gaya Peah duduk, terlentang, baring, meniarap, mengensot. Jap betul ke eja mengensot tu? Adess dah lama Peah tak buat karangan BM. huhuk. Kebetulan masa tu Peah tengah online mespes. 

Pastu Peah tetiba dapat idea yang taktau nak cakap best ke tak tapi dah boring sangat Peah teruskan je. Peah gi baca komen kawan Peah kat profile dia. Peah takde niat buruk pun. Cuma nak hilangkan kebosanan. Kawan Peah tu nama Mimot (nama glamer). Mimot ni lelaki. Baca punya baca komen si Mimot. Tup tup Peah ternampak satu default pic yang Peah rasa macam kenal je muka dia. Peah pun baca komen tu. Dia tulis camnih,

Hoi curik baca komen aku! Huhhh

Mimottttt yang tuliss. Tekujat Peah baca komen si Momot tu. Eh Mimot. Tekujat sangat sampai tertypo. Kritikal Peah selama dua saat. Wadde wadde camner bleh tau plak ni! Sejak dari tu Peah dah tobat dah. Dah tak curik2 baca dah komen Mimot. Mimot marahhh. wuuu

Sampai skang Peah dan Mimot tak bertego. Ok Peah tipu.

Persoalan. Adakah Mimot tau siapa gerangan yang membaca komen2 beliau? atau Mimot sekadar tau ade makhluk yang curik baca komennya?

Pengajaran. Janganlah sebok jadi stalker. Padanmuka. kbai.

P/S: Peah tu aku sebenarnya. kbai sekali lagi.


Aku tak mungkin lupakan dikau tau tau

Aku rindu la akak dan abang senior ): Rindu nak chat macam dulu dulu. Akak dan abang senior sangat best! Dulu selalu chat memalam dengan dorang. Boleh dikatakan tetiap hari chat. Penah gak beberapa kali chat sampai pagi. Gosip gosip, bahan membahan, gelak gelak, kongsi masalah. Semua tu aku takkan lupa. 

First year degree. Masa tu aku terpisah dengan kawan-kawan aku. Kelas pun tak sama. Kena pegi kelas sorang2 sementara jumpa kawan baru. Kalau ikut hati rasa nak nangis je masa tu. Ditakdirkan korang muncul disaat aku sedih dan aku happy sangat dapat kenal dengan dorang. Walaupun aku pangkat adik dari korang tapi aku rasa macam sebaya sebab kita bahasakan aku kau je. Sorry, bukan biadap tapi masa tu aku memang taktau korang senior. Tapi aku tetap respek korang sebagai abang dan kakak. Korang memang cool sebab tak penah ambik hati pun pasal tu.

Penah sekali, aku tenga down gile. Masa tu korang ade untuk tenangkan aku. Nangis aku sebab terharu. Terharu sebab korang baik walaupun baru je kenal aku. Aku takkan lupa saat tu. Tapi semua tak mungkin berlaku lagi. Ed dah grad beberapa bulan lepas. Mimi tinggal sem ni je. Semua dok jauh. Rasa terkilan sebab tak dapat jumpa Ed. Aku sedih gile ni babe. Sumpah sedih. Rasa nak menitik air mata ni.

Ed,
Thanks sebab cakap aku naif. Sampai sekarang aku ingat ok. Damn you bro. jhahaha. Thanks sebab suka panggil nama aku bebukan. Thanks sebab selalu buat aku gelak. Thanks sebab anggap aku kawan. Thanks sebab jujur dengan aku dan thanks sebab cakap sayang aku lebih. Aku pun sayang kau lebih (:

Mimi,
Thanks sebab cakap aku anak manja. Euww manja ke? Hoho. Thanks sebab teman aku chat memalam. Thanks sebab bagi aku semangat masa aku down. Thanks sebab sudi kongsi citer dengan aku. Thanks sebab gosip gosip dengan aku. Thanks sebab selalu buat aku happy. Thanks sebab kawan dengan aku (:

Sebab korang la aku semakin tau apa itu persahabatan. Korang sangat menghargai persahabatan. Kenangan ni aku akan simpan sampai bila bila.  

Life is fuckin empty without friends. Walau kaya sekalipun, walau bahagia hidup dengan keluarga sekalipun, hidup tetap tak lengkap tanpa kawan-kawan. 

i lap yuhh

Korang memang gilaa babeng ahh!


* aku emo hari neh

P/S: aku sayang korang..dan rindu sesangat. korang rindu aku tak? T_T

Saturday 3 December 2011

Kite nak kawan dengan orang hot je. Paham tak? Pffft

Awak hot tak? Kalau awak tak hot kite tak nak kawan ah dengan awak.


Euww


Susah la kan kalau orang suke kawan dengan orang hot je. Habis orang yang tak hot lak cemana? Campak longkang maha kaya dengan sampah sarap? Ewahhh kemain kau ehh. Kalau kau kat tempat orang tak hot lak cemana? Mesti tak penah pikir kan. Memang insan yang cemerlang lagi terbilang. haktuihh


Alah kite ambik gambo yang hot dan gorjes sudah la ek. Yang lelain tu takya. Semak kemere aku jek. - kata Sameon (bukan nama sebenar) dengan angkuhnye.

Ehh keje tu semua kite bagi yang tak hot je la buat. Kesian nak bagi si cantek buat keje. Tak sanggup. - kata Dola Dullah (nama tipo) dengan sopan.


Memang perangai kedua dua si Sameon dan si Dola Dullah patut dicontohi masyarakat sejagat. Haktuihh. Perangai tak nak yo soy betty lafia lagi keh?

Oh pehlis la lu nak bias bias pehal derr? Lu ingat lu ensem bergaya disukai ramai sangat ke nak bias orang camtuh? Aku rasa terpanggil untuk memaki orang cenggini. Kang kena balik kat kau baru padanmukakau. Kite hanya mampu tersengih lebar. kahkah

auww kite nerd

P/S: member aku cakap aku ni hot. tapi bukan hot tu la. hotak. kau member terbaik abad ini. muah muah. kite sayang awak. kbai

Manusia ni memang pelik kan

Hari ni Alwin (nama tipu) ajak aku makan kat luar memandangkan fudkot tutup hari ni. Aku ikut je. Dah lama tak makan luar. Lagi pun housemates aku semua takde kat rumah. Ade event nak kena handle. 

Sambil makan, ktrg borak borak sekali. Macam macam citer kuar. Bukan mengumpat tapi luahan rasa kesal. Alwin citer kat aku pasal sorang akak ni. Kita panggil dia Y ok. Aku kenal akak ni sebab satu kolej jugak. Dan lagi sorang ni satu batch dengan ktrg, kita panggil dia N ok. 

Y ngan N ni dah memacam citer aku dengar pasal dorang. Dan terbaru Alwin citer yang dorang dah block Alwin. Ye block fesbuk. Sebelum ni Y pun penah buat perkara yang sama dekat aku tapi aku tak citer pun kat Alwin. Aku sendiri tak paham kenapa dia buat macam tu. Sampai sekarang aku taktau sebab dia buat macam tu.

Ye aku tau benda ni macam kebudak budakan je. Fesbuk kena block pun nak kecoh kan. Tak puas hati sikit block. Block block block. Eh ape kau ingat hadap sangat ke fesbuk kau tu? Memang tak ah. Tapi kalau dah takde angin takde ribut tiba tiba buat macam tu. Ade ke orang buat benda sesaja bosan sebab takde keje lain nak buat? Aku percaya la mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu. Nak kata aku ada mengata dia? Takde kot. Aku bukanlah rapat sangat dengan dia. 

Aku tak suka la wei musuh musuh dengan orang ni. Kau kalau tak puas hati kenapa tak cakap depan depan je?

Kalau kita takde masalah dengan orang, orang pulak ade masalah dengan kita. Ahh wadehel betul la. Buang masa je pikir sal orang macam ni. haktuihh

P/S: memang takde life la kau. so lame!

Friday 2 December 2011

Mari berkenalan dengan saya

Hahh ade pulak orang nak berkenalan dengan aku? Pedulik pedulik.


The best facts of me. Masalahnya best ke? 

1) Aku jenis boleh je kawan dengan sape sape. Tapi kalau jenis yang boleh bawak merepek dan buleh kawal emosi tu memang aku suka lah. Maklum lah aku pun species cenggitu gak. Lagi penat lagi banyak aku merepek. Kalau jenis cepat sensitip ni memang aku stress la derr. 

2) Aku ni bukan selalu sangat puji orang. Bukan ape, kalau selalu puji orang melampau lampau nampak macam bodek je dan agak meluat disitu. ohoh. Tapi kan kalau aku dah puji tu memang aku betul la maksudkan. Tiada makna lain yang tersembunyi di sebalik langsir. Kalau aku puji, 'kau ensem la'. Silalah percaya sebab aku memang ikhlas ye kawanku.  

3) Aku akan rasa malu bila tengok ade gegadis berdrama queen di tempat awam. Itu amat menjengkelkan ye awak ui. Aku rasa malu bagi pihak beliau. Pehlis baby. Itu tak comel pun. Jangan sampai orang cop gedik.

4) Aku tersuka kat kawan baik aku tu oh tersuka ok, dah hampir empat tahun. Omaigod lama gile dah. Beliau patut rasa bangga sebab ada orang suka beliau begitu punya lama walaupun hakikatnya beliau mungkin taktau. Dan orang tu adalah kawan beliau sendiri.

5) Aku kureng suke dengan jejaka yang suke mencarut. Tak kisah la mereka tu ensem ke comel ke. Bila anda mencarut adalah sangat tak ensem mahupun comel tau? Sile jaga adab sopan ye kawan.

6) Aku memandang jejaka yang berambut pendek adalah lebih ensem dari jejaka yang membela rambut. Lima kali ganda lebih kacak bergaya jika berambut pendek. Serious. Oh tapi, Izzue tetap ensem walaupun berambut panjang. ngeh ngeh

7) Makin selalu aku kacau orang tu makin terserlah lah aku suka kawan dengannya. Auww best kot kacau orang. Suka nak tengok reaksi dia cemana. jhahaha.

8) Aku lebih suka bila lelaki panggil nama aku terus. Bia berbaloi la mami dedi aku bagi nama aku tu dari dok panggil awak, dia, kamu, kau atau nama lain yang peliks. Rasa lebih dihargai gitu. Jap kenapa laki je? Ok, bukan sebab aku gatal tapi pompuan memang biasa dah panggil nama aku.

9) Aku bukan jenis jiwang jiwang ni. Kalau nak suruh aku karang ayat bunga bunga cinta nan berguguran ni memang aku fail ah. Memang bukan bidang aku ah.

10) Aku dah selalu sangat kena cop sombong oleh bebudak laki. Dah muak dah aku dengar. Tension aku camnih. Apekes main tuduh aku sombong ha ha?. Memang bikin panas la. Best je kalau bleh hempok seko seko.

11) Aku kekadang cakap mungkin ganas sikit bila dengan laki tapi tak bermakna hati aku pun ganas. Jangan layan aku macam kawan laki kau yang ganas. Aku pun pompuan yang punya hati dan perasaan. Tak bermakna dah kenal lama kau boleh sewenang wenangnya cakap suka hati. Tolong paham.


12) Aku ni bukan jenis suke memarah orang. Susah nak nampak aku semborr orang walaupun orang tu dah pijak pijak aku. Tapi kau ingat kau sorang je ke manusia? Kau sorang je ade perasaan? Nak tengok aku meletopp?


13) Aku boleh nangis bila rindu sangat kat kawan, tau? Oh sensitipnya aku. 


Ok, sekian saja sesi meluah perasaan.

Disaat perasaan itu menyerang daku

Rasa geli geli tekak je nak tulis tajuk tu tapi aku terpaksa. Terpaksa tulis demi meluahkan isi hati aku ni. Huhhh

Ekceli aku ntah kenapa rasa jeles plak. Sebelum ni tak penah plak rasa macam ni. Macam la tak biasa nampak kan.

Pekebenda aku nak jeles jeles ni?

Sebenarnya kan..erm..erm..aduh susah la nak cakap..sebab aku jarang sangat rasa macam tu. Sebenarnya ntah kenapa tak semena mena aku jadi jeles bila ternampak crush aku dok komen komen dengan pompuan mana ntah. Ye kawan baik aku tu lah crush aku.

Hak alahhh crush je punn. Kecoh sangat kan. Tapi tu lah aku pun tak paham. Rasa nak tepok dahi berulang ulang kali je. 

Arghh tak ganas la wei nak jeles jeles plakk!


P/S: degil benar eh kau perasaan. Grrr



Aku...aku...aku..arghh malu nak cakap

Hye bros.

Hurm hurm dulu kan aku penah citer pasal ni. Ala pasal kawan baik lelaki aku tu. Yang aku cakap aku suke dia tu. Aku kan tak penah mintak pun nak suke dia. Tapi perasaan tu datang sendiri tanpa diundang. Jiwang puihh. Tapi aku serious la suke dia. Aku tak pasti la dia perasan ke tak. Mungkin dia perasan. Ohoi malunya aku mak!

Penah terpikir beberapa kali nak bagi email layang je kat dia. Macam ni,

Aku suka kau lah weh! Kbai. 

Agak agak apa perasaan dia bila baca email tu eh. Terharu? Terkedu? Tekujat? Terkentut? Ehh. 

Susah la kan kalau tersuka dengan kawan baik sendiri ni. Lagi pulak aku dengan dia hu-ha-hu-ha je. Kalau aku cakap aku suka dia nanti takke dia bantai gelak kat aku sampai guling guling keluar isi perut. Ingat aku memain. 

Kan bagus kalau aku buleh backspace je perasaan aku ni. Adoihh seksa jiwa rohani fizikal i ni nokk. uhukk.




A guy and a girl can be friends. But sooner or later one will fall for the other.
Maybe too early, maybe too late, but maybe, just maybe forever.

P/S: rinduuu

Pabila aku bosan tak tentu arah

Hehhhooo bosan yang tak tentu arah buat aku bertukar jadi extreme. wehoo


1) Aku akan jadi super peramah. Means, walaupun dengan orang yang aku tak bape nak kenal atau tak kenal aku boleh sembang dengan dorang seolah olah dah lama kenal. kuikui

2) Aku akan kuat merepek tak tentu hala. Kekadang bila time aku dah normal balik, aku akan terpikir, aku kah begitu? jhahaha. 

3) Aku bukan aku ketika normal. Kekadang time bosan gilak camni aku buat perkara yang dikira mustahil ketika aku normal. Mungkin buat aku terpikir dua puluh kali mahupun ketaq lutut nak buat mende tu. Sebagai contoh tego si dia yang aku suke. lalalal. Eh kau pikir aku nak buat apa? durhh

4) Melalak dalam bilik sehingga aku dapat penat dan sakit tekak. hokhok. uhuh. Boleh hilang stress lu tau. Sebab tu seramai 80% bebudak kolej aku suke gi karok. Ahah betul ke fakta aku ni. Try la google kalau tak caye. Tu pun kalau jumpa la kan. hueh hueh

5) Bahan menbahan. Best dowh bahan menbahan ni. Nak2 dengan kawan kawan aku yang super hotak tu. Memang gelak dari awal sampai akhir la aku. Berair mata aku gelak. kahkah.

6) Update belog berpuluh kali sehari. Macam hari ni contohnya. eheh

Sekian.

Memang normal ke aku je yang pelik?

Hey hey hoi


Meh aku nak gosip gosip sikit. Mulut aku tenga becok ni. jhahaha. Ok camni, aku ade sorang kawan ni. Kira kawan baik aku jugak la. Aku kenal dia masa memula aku nak masuk kolej beberapa tahun dulu kala. Eh macam dah lama gile plak kan. 

Ok gini, kawan aku tu dia ade pakwe. Jyeah semua orang ade pakwe except aku. kahkah pathetic gile tak? Berbalik pada kawan aku tadi. Ok kita panggil dia A ya. Aku tengok kan twenty four seven dok gayut dengan pakwe dia. Eh eh eh bukan i nak jeles la nok oi. Tapi yang aku peliknya lepas gayut message lagi. Gayut message gayut message gayut message. Sebaik saja letak je tepon dari cuping telinga terus bedesup message plak. Apekeheyy. Tertanya tanya la gak kan apa kau borak berjam jam tadi pastu kau message apa plak. Begitulah rutin harian beliau. Aku ni cuma mampu memerhati dari jauh. Jauh ke? Sebelah je pun. 

Pernah sekali tu kawan aku bengang dengan si A. Sebab? Dia bleh gayut masa tengah ade keje penting. Oh whatthehell. Sape tak bengang oi? Kalau aku pun aku bengang derr. Dan aku plak pernah beberapa kali cakap dengan dia masa dia tengah message dengan pakwe dia. Tapi dia tak dengar apa aku cakap pun. Terharu aku waktu tu. puihh. Oh shit ni serious bikin panas! Waa banyak geram la wehh. Sakit hati sakit hati sakit hati. 

Damn you!


Thursday 1 December 2011

Kebosanan melanda jiwa

Ohoii serious wa bosan gile doe. Roomate ngan housemate aku kuar gi rehearsal untuk event dorang. Tinggal lah aku seorang diri di rumah terkontang kanting terumbang ambing melayan perasaan. wawawaa

Tetiba rasa teringin nak main skuter. Tapi malangnya aku takde plak menatang tu. huk huk. Beskal pun lama dah tak tunggang. Ntah ntah dah lupa nak bawak camner. Sangat sedih hahah. Sedih tapi aku gelak. Mental. kahkah


Serious gua bosan ni. Haa ganass terus 

Sebab musabab perempuan kena dumped

Hari ni aku nak share info sikit yang kekadang kita tak perasan. Bukan nak buat perempuan rasa diri mereka loser. Aku pun perempuan la derr tapi ni hakikat sebenar bila bercinta sambil membutakan mata dan memekakkan telinga yang sedia pekak. kehkeh.

1) Hati yang kudus mencintai. Pehh kudus babe. Meletakkan kepercayaan yang mutlak kepada sang lelaki yang dianggap berhati mulia. Konon. Bila lelaki cakap ada dua henfon tolonglah bersikap curiga. Jangan percaya leper leper apa yang diperkatakan oleh sang lelaki. Kononnya satu henfon ni khas untuk i call dan message you je, lagi satu tu untuk family dan kawan-kawan i. Haktuih. Maap terlebih kahak pulok.

2) Kau dengki dengan aku. Langsung melihat orang sekeliling dengki terhadap hubungannya dengan sang lelaki. Ohhoi kadang-kadang orang luar atau kawan-kawan boleh nampak perangai sebenar sang lelaki yang dianggap kekasih sejati. Mereka ni boleh jadi saksi kalau-kalau sang lelaki tu berlaku curang. Kalau takde angin masakan henfon berbunyi. Eh? Memang lah  mungkin ada yang dengki, tapi takkan dalam setandan pisang semuanya busuk. Huh.

3) Kurang memerhati sikap lelaki. Bila dah kurang ilmu pasal lelaki, tup tup dah kapel nanti bila bf kau kelentong pun kau tak sedar. Perempuan pun kena selalu bergaul dengan ramai lelaki. Bergaul sebagai kawan bukan skandal. Sekurang-kurangnya dapat faham sikit pasal lelaki. 

4) Bf kau bukan bf aku. Lagi satu masalah bila tak nak ambik tau pasal pengalaman orang sekeliling. Kadang-kadang pengalaman kawan-kawan penting untuk dijadikan pedoman. Sedikit sebanyak boleh cedok dan guna untuk masa akan datang. Kalau tak kena batang hidung orang lain, kena kat batang hidung sendiri. 


Bukan salah perempuan 100%. Lelaki tu yang tak reti nak bersyukur. Tapi kalau dah takde jodoh nak buat cemana kan.


P/S: jangan mudah terpedaya

Cara desperate nak cari boyfriend

Tengah dok online fesbuk, tetiba opocot kawan lama aku tegor kat chatbox. Oh ya, beliau tu lelaki.

Camnie dialognya. Ohok ohok.


A: Oi Eff !
E: Yer?
A: Aku nak ajak kau datang event aku ni. Datang ye aku paksa kau ni. Hahah
E: Ah aku malas ah.
A: Ah aku tak kira kau kena datang gak. Bawak geng kau sekali. Nak bawak bf pun boleh. Hueh
E: Aku takde bf la camne nak bawak. Hueh
A: Apa? Takde? 
E: Yer takde. Apa kau ingat senang je ke nak cari bf? Ha?
A: Senang je kot!
E: Macam petik jari je kan senangnya. puihh. Susah doe!
A: Ahah alah senang kot. Kau masuk kelas kau gi berdiri kat depan pastu kau cakap camnih, "Aku nak cari bf ni. Sape sukarela? Cepat terhad ni!"
E: HAHA hotakko!

P/S: tokok tambah sikit