Saturday 31 March 2012

Hari ini hari Sabtu

Biasanya kalau hari Sabtu aku memang akan keluar dengan housemate tapi hari ni lain. Hari ni aku hanya terperap dalam rumah...dan aku sorang sorang! arghh. Bebudak rumah semua takde. Dua orang pegi Kontan sebab ade dinner yang lagi sorang plak dah selamat sampai PD. Kesian kan aku. Terpaksa melayan perasaan kat umah ni sorang sorang sambil sedut megi perisa tomyam.  *lap air hingus*

Aku tak pinta lahir sebegini wuuuu

Okay just cut the crap. Tengahari tadi aku dapat satu msg dari ex-senior aku, kak Tira. Msg tu aku baru perasan sejam kemudian. Since kak Tira ade kat sini, so dia ajak aku and adik junior yang lain keluar gi pasar. Tapi memandangkan mata aku bermasalah sikit iaitu sakit mata jadi aku buat keputusan untuk tak nak ikut. Aku pun taktau la asal mata aku bangun je tadi  jadi camni. Sedeyyy. Pathetic betul. Walau apa pun saya rindu kakak ):

Next week aku sangat bizi like a hell sebab ade tests and presentation untuk law. Doakan aku supaya dapat melalui hari tersebut dengan cemerlang.

Ok chow. 


Wednesday 28 March 2012

Laa saya ingat awak lelaki !

Aku percaya ramai yang penah main mende ni. Alah chatroom tu apekenama dia  tu haaa mirc. Kalau tak penah main pun mesti penah dengar kankankann.

Dulu aku main mende ni masa pirst year. Chat dengan bebudak kolej. Nama je satu kolej tapi bukan kenal pun. Gile hapee ngko sebijik kolej ngko kenal. Dah ar pakai nick ntah hape hape. Bukan aku la. Nick aku comel okay kahkahkah. Tapi still ada yang konpius. Ntah tak paham aku kenapa mereka begitu. 

Aku ade member member dalam tu yang aku selalu chat. Memula memang tak kenal pun. Tapi bile lelama terbongkar jugak identiti aku dan mereka. Pehh memula macam eh tak sangka aku kawan dengan ngko rupenya. Ktrg kira cam rapat gak ar. Tapi dorang tu kira cam senior aku la. Kekadang kalau weekend penah stay up sampai Subuh. Tapi takla selalu. Ade la tak lebih dari empat kali. Gile hape nak selalu buat. Pitams aku wei.  

Tapi ade sorang ni selalu je pm aku. Selalu. Memula aku takde la pikir pelik pun. Aku pikir oh dia memang nak kawan kot. Budak tu pompuan. Cakap aku kau je. Tapi lama kelamaan aku taktau la asal aku rasa macam pelik plak budak ni. Cara dia chat tu macam suka aku. E r r r k k k . Ngko taktau ke aku ni pompuan oi. Aku rasa macam selalu je memember aku dok tulis nama betul aku masa chat. Pastu plak aku dengar yang kawan aku penah gtau yang budak ni penah gtau yang dia suka kawan aku tu. Bila kawan aku cakap yang dia pompuan baru dia dah tak kacau kawan aku tu. 

Sememangnya dia taktau yang aku ni pompuan. Aku pun tak ingat cemana dia boleh tertau. Dan lepas dia tau aku pompuan, dia langsung tak tego aku dah. kahkahkah

Okay nampak sangat la kan. Diskriminasi betul ciss

ni sapa ni?

Boleh bawak menanges aku kalau teringat kenangan dengan dorang. Ghindu gile wei. -_-

P/S: aku rasa maybe sebab cara aku chat tu kelihatan kacak kot?


Saye suke law!

Tiap tiap hari Rabu. Macam biasa kelas pukul 8 pagi. Sem ni satu kelas ni je yang paling awal. Pukul 7.30 dah kena siap siap. Aku mengamalkan gaya hidup sehat dengan berjalan kaki  pegi kelas. Oh ya ni merupakan tips untuk kurus. Sepanjang aku blaja kat sini takde lagi masuk hospital sebab jalan kaki pegi kelas dan rata-rata adalah spesis yang bukan lemak berlebihan. Kalau dah sehari dua kali jalan kaki dari kelas ke hostel selama 15 minit celah mane nak simpan lemak kannnn.

Maka mulalah keluar lah dialog dialog seperti ini

Weh asal kau kurus?
Kau makin kurus plak aku tengok.
Camner kau je tak gemok?

Macam jeles? bhahahaa. Okay peribliskan dialog dialog tu semua sebab sekarang aku nak citer pasal kelas law. Kelas yang paling tak bosan abad ini. Baca secara antonym. Bukan aku benci subject ni cuma kelas yang ade presentation memang bosan nak meninggal dan member group yang tak sehaluan. Aku memang cepat bosan pun. Payah jugak kalau jenis cepat bosan ni. Eh bencinya kite!

Bosan pasal presentation tu satu hal. Nak kena hantar assignment  group pun lagi dua hal. Dengan group member yang tak datang kelas la ade midterm la apela banyak alasannnnn ngko cilakak. Semalam tetengah malam call cakap lepas kelas nak buat discussion alih alih ngko yang tak datang. Ape cerr? Yang sorang tu plak kalau aku msg susah gile nak reply. Last last tak reply pun. Tau la aku bukan pakwe ngko. Haihh campak je blackberri mu tu ke longkang. Memang bikin panas. Sakit pulak hati kite ni! awrrr

nasib baik aku BUKAN major in law

Sekian.



Tuesday 27 March 2012

Generasi saya

Hi, lately saya sangat rajin update blog. Yeah sangat sangat sangat rajin melihatkan entri yang diupdate sebanyak 2 ke 3 kali sehari update. Betapa banyak sangat tu. Okay cukup untuk introduksi.

Have you guys seen this video?  MY GENERASI



FLASHBACK

Melihat video ini mengingatkan saya pada zaman sekolah rindu dulo dulo. Bukan rindu sekolah tapi rindu zaman tu. Zaman main batu seremban dalam kelas. Pantang cikgu takde bedesup laju je lambung batu batu tu. Saya ingat lagi dulu kalau main batu seremban dengan budak lelaki konfem dorang kalah. Sebab ape? Yeah sebab tangan dorang keras. Nak main bende ni tangan tu harus serupa penari gelek. Eh penari makyung. Lemah gemalai okeh. Ini kerana demi menampung batu batu tersebut dari terjatuh dan tergolek dari tangan.

Banyak kenangan zaman sekolah dulo dulo.

Zaman tu la saya dengan member saya sakat budak lelaki. Budak baru la katekan. Sebagai budak lama mana boleh sombong. Tak baik. Haruslah beramah mesra. Ngahah. Kesian dia baru je masuk dah kena buli dek bebudak perempuan. Nasib tak menangis je. Dah la dia anak Cikgu Besaq wuhuu. Berani betul membuli anak Cikgu Besaq. Tapi kami tak membuli dari segi fizikal. Sakat sakat mulut je. Eleh takkan nak menangis kot. Tak cool la lelaki menangis kan. Muahaha. Tapi lepas tu kami jadi kawan : )

Bila time PJ. Bukan Putrajaya mahupun Petaling Jaya tapi Pendidikan Jasmani ye. Ktrg sebuk main lompat getah. Memula memang main dengan geng pompuan je tapi tak lama lepas tu budak laki sebuk jugak nak join. Eh sebuk betul la kan! Ktrg baik jadi ktrg pun terpaksa alu-alukan dorang main sekali. Risau pulak takut balik nanti menangis sedu-sedu sebab tak dapat join main lompat getah. LOL. Tapi bedebah! Dorang suka main elat. Menipu! Menci kitew! huh.

Pernah satu kali tu, saya pegi sekolah macam biasa. Time ni saya baru darjah empat. Sampai je letak beg atas kusi pastu duduk. Tapi yang luar biasanya bila saya tengok dalam laci meja ade sesuatu. Eh kertas ape plak ni? Nyemak je. Rupa rupanya bukan sekadar kertas tapi sepucuk surat. Kaler biru tak silap saya. Saya pun bukak la surat tu. Saya cuma paham yang dia tulis dia sukakan saya. Yang lain saya tak paham kejadah ape dia tulis. Sebab tulisan dia tak cantik! Ngaaa apa ni apa ni! Dengan rasa tak bersalah bercampur neves saya terkoyakkan surat tu. Lepas tu terbuang dalam tong sampah kelas. Maap saya neves. Sampai sekarang saya taktau sape yang bagi surat tu kat saya. Dia macam ada tulis nama dia kat depan sampul tu tapi tu lah tulisan dia memang buat saya  tak paham. Kesimpulannya lain kali kalau nak tulis surat tu tulis elok elok. Jangan tulis guna kaki. Ngaha sorry awak kitew neves! Tapi mana ade orang confess guna surat dah sekarang kan. Muka-ke-muka la baru cool!

Zaman kecik kecik saya memang boyish sikit. Suka kawan dengan laki. Kawan abang saya pun saya nak kawan. Abang saya nak mandi sungai dengan kawan dia pun saya nak ikut.  Sebuk betul budak ni kan. Abang saya bagi ikut je tapi tak bagi saya campur sangat dengan kawan kawan dia. Bukan sebab kawan dia jahat ke hape tapi sebab saya pompuan. Tak elok la kan pompuan kawan dengan lelaki. Ish ish. Tak manis dipandang gittew. Siap gaduh pun penah dengan kawan abang tu. Ewahh ngko ni jantan ka betina? Ganas betul.

Bila teringat balik semua ni, ya rabbi aku ke ni? Sambil tepuk dahi. Macam tak pecaya pulak.

Tapi bila dah masuk sekolah menengah dah lain dah. Tak campur sangat dah dengan budak laki. Selalu kawan dengan gegurl je. Jadi pemalu pula tu. kahkahkah

People change and so do feelings.

Macam dah terpanjang plak tulis. Ok chow!

Pi Es: Kepada awak si penulis surat tu, jangan tacink ye. Usia tu terlalu muda untuk berchenta. kbai

Monday 26 March 2012

Eh hujan la ni!

Jam menunjukkan pukul 3.10 petang.

Lecturer: Okay class hari ni tamat sampai sini jelah. Ingat next week ada midterm. You all kena study betul betul. Tengok balik apa yang I ajar previous week. Makan kismis banyak banyak. I tengok you all ni I tanya apa pun taktahu tak ingat blalalala

Pada waktu yang sama, di suatu sudut. Tempat duduk baris paling belakang. 

A: Eh dah habis kelas dah?
W: Iye lah! Seronok sangat hihi
A: Jom balik jom. Eh alamak attendence belum sign plak cis.

Lepas selesai je sign attendence, tanpa berlengah lagi mereka berambus keluar dari kelas. 

W: Nasib baik class habis awal kan.
A: Betui betui. Ehh opocot makkau!

Pakwe si A tetiba je muncul sambil tersengih sengih serupa sebulan tak menatap wajah si awek. W jalan seiring tapi berpura pura tengok henfon. Tak nak kacau okay hoho. Waktu tu pulak hujan jadi pakwe si A pun gitau A cakap nak hantarkan. Yelah sayang kan kot awek demam plak nanti. Tapi bukan dia yang hantar. Kawan dia sebab dia ade class masa tu. Keluar kejap sebab nak tengok si A. Rindu lettew kehkeh.

M: Biar saya suruh kawan saya hantar eh nanti. Kejap ye.
A: Eh tak payah la tak nak. Takpe takpe. Saya dah bawak payung dah ni.
M: Alah takpe la saya suruh dia hantar. Okay?
A: Takpe la. Saya boleh jalan la. Lagi pun ktrg nak gosip gosip ni.

Banyak kali jugak si M tarik beg si A nak pujuk suruh kawan dia hantarkan tapi A berkeras tak nak. 

M: Tengok la kawan awak ni. (sambil jeling ke arah W)

Last last, M terpaksa akur. Dengan muka kecewa dia berlalu pegi. Merajuk.

Kesian pulak kat M. Ish ish.  

Okay ape motip aku tulis ni? Err ntah.


Sunday 25 March 2012

Hot tak kite?

Yo wassup!

Hari ni aku nak bagi tips sikit cara-cara nak jadi hot untuk lelaki. Jangan risau tips ni aku bukan main sebat je. Ini tips aku dapat berdasarkan pemerhatian aku. Ala-ala survey la gittew konon. Mesti kau cakap, perlu ke nak jadi hot? Eh terpulang la perlu ke tak. Ade aku kesah plak? Ok gurau tak bahek sentap selalu noks. hiks

Okay tak payah nak buang masa sangat la. Meh teruskan dengan tips di bawah.

1. Rambut
Siyes aku cakap rambut memang memainkan peranan penting bagi lelaki. Kalau muka ngko tak sesuai dengan rambut maka agak ganjil disitu ye. Jangan memain. Pepandai la pilih gaya yang sesuai. Bagi aku la kan lelaki tak sesuai la kalau rebond rambut. Sebab bila dah rebond nampak cam kejung je gitu. Kacak ke begitu? Bukan nak kutuk tapi pandangan ikhlas mewakili pihak pompuan seantero dunia. Eh overr. 



Kalau rambut tu pendek okay la lagi tapi kalau nak cecah bahu pastu siap ikat bagai, ngko bleh imagine kan? wehooo. Okay aku dah terbayang sorang kawan aku ni. Memang sama la. Rambut pendek sangat duapuluhjuta kali ensem. Ya tak perlu diragui keenseman beliau. Di zaman millennium ni aku rasa tak sesuai dah kalau ngko buat pesen rambut bentuk M yang style bebudak kelas aku masa darjah satu dulu. Tau tak rambut bentuk M? Ala yang rambut Tomok masa beliau dengan New Boyz dulu tu. Haa yang tu la. 

2. Pakaian
Ngko kalau takat rambut je ensem tapi pakaian cam selebet je buat ape derr. Tu tak termasuk lagi tak mandi pagi terus je pegi berambus jawab exam tanpa rasa bersalah. Ade la tu kahkahkah. Mesti selari la. Harus. Tak semestinya nak jadi hot ngko kena selalu beli baju yang branded mahal nak mampos tu. Beli baju dengan kemampuan ngko sudah la. Tak perlu nak tiru mamat mamat yang kekonon loaded tu. Tapi jangan la pulak pegi beli baju bundle yang lima ringgit. Tu kedekut nak mampos tu. Agak agak la nak berjimat pun kan. Pilih baju tu jangan nak old school sangat la kan. Up-to-date la sikit kalau tak nak banyak pun. 

loading. . . 


3. Interaksi sosial
Lelaki tak payah nak mengada pemalu sangat mengalahkan pompuan. Tapi bukan bermakna nak suruh ngko tak tau malu sampai dalam train pun nak buat cilake kat pompuan! Isu hot masa kini tu. Jangan buat tak paham sangat la kan. Rasa nak pijak pijak je mamat tu. Siyes tak tipu. Kau tak paham? Apa kau pun nak kena pijak jugak?



Okay berbalik pada topik asal. Kalau dalam kelas ngko jangan la jadi pendiam. Kebanyakan pompuan tak suka lelaki yang pendiam sangat sampai dengan member lelaki pun malu nak bertegur. Lelaki pendiam ni kekadang bahaya ha ha. Silalah jadi friendly. Maksudnya ngko mudah je kalau kawan dengan sape sape. Kalau orang tego jawab la jangan jadi tunggul mahupun batu. Jangan jadi bangang. Lepas tu tanya la balik.   Lagi satu ha ekspresi muka tu biar elok sikit. Jangan nak buat muka sombong bajet la. Ade sesetengah orang bila rasa segan sesangat dia jadi takleh control muka lalu buat muka sombong. Tak senyum ke hape. Mohon kawal sikit ye. Pastu jangan la jadi penunggu rumah. Rajin rajin la keluar lepak dengan memember ngko. Barulah boleh merapatkan silaturrahim sambil cuci mata tengok awek huahahah.

4. Kebersihan
Ha bagi yang mempunyai masalah bau badan bawak bawak tenyeh deodoran kat ketiak ngko tu. Banyak kan bermacam jenis doedoran kat pasaran. Ngko tinggal beli je. Tu pun susah ke? Bukan ape bau bauan lebih tinggi nilainya dari rupa paras. Kalau muka aje ensem tapi bau ketiak tu ya rabbi please orang pun tak nak kawan dengan ngko. Jangan nak tahan pakai deodoran je selalu, mandi pun kena selalu gak. Kalau ngko tu jenis kuat berpeluh peluh mengalahkan ahli sukan negara lagilah selalu kena mandi. Tak payah nak jimat air sangat la. 



Nafas pun penting. Jangan merokok la please. Kalau ngko tu jenis perokok kurangkan la sikit. Bau asap rokok tu tak wangi pun derr. Ramai ke pompuan yang suka lelaki merokok? Ha? Tau takpe memang tak ramai pun kan. Tapi kalau pompuan yang isap rokok tu aku pun takleh cakap ape dah. Memang bermasalah la tu. Lagi satu aku perasan ade sesetengah suka yang simpan kuku. Kotor la weh simpan kuku. Ngko ingat style ke camtuh? Haram tak. Ke ngko feeling feeling nak jadi pontianak? Jangan nak tunggu hidung ngko berdarah dulu baru nak potong kuku. 

5. Sense of humor
Hidup ni kalau selalu serious memang tak best la. Ade je sikit masalah mulalah nak buat muka ketat sejuta. Ade je masalah mulalah nak mengamuk nak memarah nak bad mood tak ketahuan hala. Ngko kena chill chill je. Orang yang boleh kawal perasaan adalah orang bijak. Takya nak tension tension sangat. Memang tak dinafikan species manusia yang ade sense of humor species yang ramai kawan. 



Cuba ngko perhati dalam kelas. Orang yang banyak cakap pastu suka buat lawak (bukan lawak bodo) dalam kelas kompen ramai yang kenal beliau. Kalau dah ramai orang kenal kompen la ramai kawan. Lepas tu ramailah gegirl kenal beliau. Best kan? Pompuan memang suka lelaki yang reti buat lawak ni. Bukannya serious sepanjang masa. Stress tau tak kalau sepanjang masa je nak serious. Lagi satu lelaki jangan la jadi sensitif sangat. Sikit sikit touching sikit sikit nak marah. Ngko pehal? Jangan nak PMS sangat la kan. 

Pepandai la ngko. Aku dah penat nak pikir tips lagi. Ok aku stop sini je. Chow!

-.-'

Hepy Besday

Hari ni besday kawan bahek aku. 4 tahun la kot ktrg dah kenal. Jadi memandangkan hari ni besday haruslah beliau di-prank! Tak gitu nok? wehoo. Tapi masalahnye skang ni idea nak prank tu belum ade yang terpilih lagi. 

Mok memberi cadangan. 

Mok: Pe kata kite transfer duit dia semua masuk akaun aku?
Aku: Masalahnye tau pulak kau password nak login cimb click dia kan? durhh

Mok ni tak gemok pun snanye. Saje je aku panggil Mok. Nak merapatkan silaturrrahim katekan. hikhik

Okay Mok, cadangan kau tak cukup bernas. Aku rasa baik curik kad atm dia takpun sorok laptop dia yang besar gedabak tu bia dia takleh nak online dan takleh nak stalk secret admire dia dah lepas ni. Nangis ahh hwa hwa hwa

Tadi pun time orang lain wish pastu bagi kad kat dia aku selamber je wattaktaw. Mesti terluka hati beliau kan. Memang sangat sengaja pun. Ha Ha Ha *bersiul*

Okay chow!

Saturday 24 March 2012

Howtak hang!

Yea yea berjumpa lagi la ye kawan kawanku terutama si ngok ngek dan aqiim. Ye tu jelah kengkawan yang rajin mengomen di teratak buruk gua ni. Lol apakah rendah diri tak menahan. Blog je pun.

Hari tu gua jejalan dengan housemate gua. Bukan jalan lenggang kangkung mahupun jogging tapi jalan nak pegi pasar. Jejalan cari makan camtuh ar gamaknye. Jalan punya jalan terserempak dengan sorang ni. Member gua. Perempuan la jugak. Dengan tidak semena-mena dia tego gua camni,

Hoi makin hot la kau wo!

Tetiba gua terkesima dan rasa geli geli.  Waa apakah. Nak bahan2 gua tetengah alam plak ni. Bengong lu ni. Ape hot hot? Gua original je kot! 

Tapi kan gua terpikir la kan. Kenapa orang boleh suka kalau kena label hot? Gua pelik sebab ntah kenapa dalam kepala hotak gua ni hot tu macam selalu dikelilingi lelaki je err err. Ehh sorry tu dalam kepala hotak gua je. Gua ingat nak hurai lebih lagi tapi takut plak ade yang terluka nanti. Maap maap gua noob.

Ok tu ja. Gua dah ngantok mau tido. Kalau lambat2 tido kang jadi lapar plak kang pastu mulalah nak melantak. Ni pun gua dah rasa aura lapar sebab member gua gi upload gambaq supper beliau kat pesbuk. Ternganga gua beberapa saat kahkah. Macam nak meleleh plak air liur ni. Makin menjadi jadi la gua ni. 

Babai!

Woot woot!

Assalam!

Waaa dah lama kan saya tak update blog ni. Macam dah berabad la plak kan. Senanya saya takde idea nak mencurahkan ke sini. That's why la. hoho. Tengs la kat sesape yang rindu kite. Oh ya tengs kat aqiim sebab tanya kabar kite. Dah lama kan tak nampak kite update, kompen la beliau rindu kahkahkah. 

Eyy skang ni saya dah tukar layout. Nampak kan? Putih bersih giteww. Hiahaha. Saja je nak buat cam blog saya yang dulu. Langsung takde background. Baru la tak serabut mata memandang, ye tak? kehkeh

Okay ahh saya nak chow dulu. Ade masa free kang saya update lagi. Bai!