Monday 23 January 2012

Jangan Mencarut

Di suatu petang,


A: Arghh! Aduhh!
Y: Kenapa pulak ni?
A: Terpijak paku tekan! Babi...
Y: Mencarut plak. Tu macam kau nak salahkan Tuhan sebab ditimpa musibah. Tak perlu la nak mencarut bagai. Bukannya sakit tu boleh hilang dengan mencarut.
A: Ermm...


P/S: sila jaga percakapan. mencarut tak comel pun. sepatutnya bila tiap kali ditimpa ujian, musibah, masalah, kena belajar muhasabah diri bukannya meroyan tak ketahuan hala. *ingatan untuk diri sendiri juga*



Thursday 19 January 2012

Hidup ini bukan mudah

Susah nak jumpa kawan yang sanggup nak dengar masalah kita. Bukan mudah. 

Bersyukurlah kalau ada kawan macam tu.

Ya, aku sayang sangat mereka yang selalu ada masa senang dan susah aku.

Tapi kan...

Kadang-kadang bukan semua benda kita boleh kongsi dengan mereka. Bukan semua.

Percayakah anda bila masalah yang datang tu terlalu berat, aku akan buat seolah olah ianya masalah yang biasa sebab dah terlalu letih. Letih. 

Tak kisah.

Kalau boleh tak nak ambik peduli pun. Lantak la apa nak jadi pun.

Tapi...

Macam semudah tu?

Rasa nak pergi jauh dari semua orang. 

Kan bagus kalau lepas terjaga dari tidur dan semua tu hanyalah mimpi.


Faktor-faktor penyumbang

Ada beberapa faktor penyumbang untuk aku menekan close apabila menyinggah dengan sengaja di sesetengah belog.

1. Terdapat lagu-laguan yang sememangnya berulang ulang kali di-play
2. Tulisan tersangat kecik cenonet. 
3. Dihujani dengan kejadah apa ntah yang menghalang pandangan mata aku.
4. Warna tulisan yang menyakitkan mata. Pehlis. 
5. Oh dan juga bahasa susah untuk difahami masyarakat sejagat.


Okbai

Tuesday 17 January 2012

Baik kau mengaku cepat!

Grrrr 


*tetiba


Hari tu aku ade pesan kat kawan aku,

Eff : Kau beringatlah sikit kat sana nanti jangan buat cenggini cenggini. 
H : (diam)

Dia diam kejap. Lepas tu bantai cakap pasal lain. Diam bermakna nasihat aku tu dah terlambat atau setuju dengan apa yang aku cakap? Setau aku, lelaki ni kalau dorang diam bermakna dorang dah pernah buat salah tu. Tak kira la salah pape pun. Kan kan kan?

Btw, aku bukan suka membebel. Tu hanyalah nasihat kawan kepada kawan. Dah kata kawan baik takkanlah semua kawan buat pakai angguk je. Tu kepala hanggukkau. Nak terima atau tak terpulang la kan.  

heyyo!


Tetiba teringat kat secret admire aku. Ada satu gamba Mario Maurer hampir sejibik dengan crush aku tu. Serious dekat sama bila tengok sekali imbas. Aku hampir tertipu. Saya tetap minat awak walaupun awak tak setinggi Mario. Heee. *tutup muka


P/S: merepek memalam buto ni.

Friday 6 January 2012

Saya memang suka menunggu

Semalam.


Sedang aku asyik berborak dengan rumate sambil mata melekat pada laptop, tiba tiba henfon berbunyi. Dapat satu message.

Esok study kat library nak? Kul 10 ok?

Oh ok!

Pagi ni semangat bangun pepagi. Lepas hantar rumate aku nak balik hometown aku siap siap. Hantar dengan pandangan je lah. Dia pegi sendiri naik teksi. Heh. Dah siap, aku pun send message.

Dah siap?

Belum. Baru bangun. Jap nak mandi. Hehe

Aku takde kredit. Jadi aku tak reply message. Tunggu jelah sampai dia siap. Tunggu punya tunggu. Macam stupid je. 

Eh, gi lambat sikit la bleh? Ade hal ni.

Dengan sendirinya aku isytihar, CANCEL!

Ingat aku ayam ke haa? Kepala dengdang betul la janji macam ni! Typical punya Malay. Rasa nak bagi makan friskies je species berjanji camnih. Bab berjanji ni memang aku takleh nak cool la.

P/S: 25 minutes too late MLTR

Thursday 5 January 2012

Pehal main hempas hempas?

Hari tu aku ade paper. Tetengah aku dok pikir nak karang ayat, tetiba datang sorang ni invigilator pompuan kat meja aku. Tarik slip exam aku dengan ganas. Pastu angkat tinggi tinggi. Hamboih ingat kite bawak toyol ka? Dah la muka beliau pandang aku macam aku ni lanun. Sangat keparat ke muka aku ni? Lololo. Aku terkedu. Tapi muka maintain cool tak bersalah. I'm always cool okayy. yhahaha. Dah memang aku tak buat salah pape wadehel nak buat buat salah plak? Gilo apo kau.

Then, aku syak beliau bertindak begitu mungkin sebab aku pompuan? Pompuan dengan pompuan mana nak ade daya tarikan, ye tak? kahkah. Maka, aku perati la plak bila beliau pegi kat meja bebudak laki sebelah kanan aku yang sederet tu. Ternyata silap sangkaan aku. Dengan bebudak laki pun sama je dia buat camtuh. Heh. 

Habis je exam, keluar hall, aku ngan kengkawan aku cite cite ar. Rupa rupanya dorang pun dilayan camtuh gak. Pelik ah kan. Beliau sorang je macam tu. Aku tengok invigilator lain ok je. Kalau tak nak senyum pun at least jangan ar buat cenggitu ui. Buat muka normal sudeh. Tak kena charge singgit pun. Dapat pahala lagi uolls. Kang bebudak ni cop garang kang marah plak. Haa. Dah apekes dengan beliau tu? Tak paham aku. PMS ke cane? LOL

I'm here babyy ! wink wink~


P/S: let's berjoget joget. kakaka 

Hati simen ke kau?

Heihh baru nak update!


Minggu lepas aku dengan dua member aku layan Ombak Rindu. Tengok kat laptop je. Ekceli sebelum ni aku takde la berniat pun nak tengok citer ni tapi disebabkan pada suatu petang yang hening,

Bukan Peah: Wei kau dah tengok Ombak Rindu?
Aku: Belom. Nape best ke weh? Sedih tak?
Bukan Peah: Sedih wehh. Aku nangis dalam panggung tu. Sedih siot doh. T_T
Aku: Ek? Serious kau ni?
Bukan Peah: Seriouslah!
Aku: Okay nanti aku tengok!

Dengan penuh semangat aku menjawab.


Maka selepas rumate aku mencedok Ombak Rindu dari hd jiran tetangga, aku dengan excited nak menengok movie tersebut. Mata tak berkedip.


Selepas beberapa ketika.


Masa tengok, lepas tengok. Takde pun nangis. Aku ternanti nanti jugak mana part sedih yang boleh buat aku nangis meleleh hingus. Tapi ternyata tak nangis pun. Aku cuma rasa kesian je kat Izzah tu. Kenapa tak boleh nak nangis arr? Adakah sumpahan kawan aku menjadi kenyataan yang mengatakan aku ni hati simen sebab tak terharu baca status jiwang mat saleh celup beliau? Mungkinkah? Arghh damn arr. 

P/S: suka betui aku guna nama Peah kan. peduli apa. kahkah
P/S lagi: tengah layan aA+bB. agak ketinggalan kan? Hoho

Tuesday 3 January 2012

Cacat cacat cacat

Wassap!


Huhuii rasa macam dah lama tak update belog. Oh serious rindu wuwuwu. 4 hari terputus bekalan tenet. Serious terasa macam zero je kepala ni. Arghh. Yelah aku tetiap hari adalah wajib gune tenet. Pesbuk la twitter la belog la. Pape info ke isu semasa kat tenet jelah. Tak boleh nak bertenang betul huihh. Tibi? Oh maap la i takde masa nak tengok tibi. Tak kose mak nak pegi bilik tibi tu. huh. Tapi nasib baik hari ni dah boleh gune. Hee


ensem tak lukisan i? kahkahkah


*bila ntah aku lukis

Oh ya! Selamat Tahun Baru 2012! Azam aku tahun ni nak tunaikan azam tahun lepas.