Showing posts with label chentaku. Show all posts
Showing posts with label chentaku. Show all posts

Wednesday, 21 December 2011

Ye saya memang kawan yang baik

Haip kengkawans si pembaca senyap!


Tak buleh belah puji diri sendiri haktuii. Eh tak baek ludah ludah weh. Bukan nilai murni. 

Dua hari lepas adalah hari bengang Eff. Ye akulah Eff. Eff adalah aku. Aku adalah Eff. Gedik main ulangulang ciss. Kalau nak citer bengang aku tu mau berkajang kertas kajang pun tak mungkin cukup. Tapi apa yang aku nak cakap kat sini ialah pada hari yang sama tersebut aku tak bengang keseorangan. Aku bengang beramai ramai. Tengah sebok mengtweet rasa bengang aku di twitter, aku nampak dua makhluks yang juga bengang. 

Yang sorang ni bengang sebab ade lelaki yang bermulut ohmakkau kalah pompuan melaseri beliau. Tahap longkang. Aku simpati kat beliau sebab beliau perempuan. Menitik air mata bila dilaser sedemikian. Aku taktau la ape masalah lelaki tu sampai nak laser kawan aku camtuh. Dia ade buat salah kat kau ke hah? Hah? Hah? Kau ni mental ke hape. Kau ingat kau ensem ke hoi? Sila minum klorox sekarang. Aku kesal sebab tak dapat tolong beliau. Hanya boleh suruh beliau bersabar. Kalau lagi dilayan lagi seronok mangkuk tersebut. Bermakna misinya berjaya. 

Lagi sorang kawan aku ni bengang dengan gf dia. Aku taktau details tapi yang aku tau si awek telah menipu dia. Tak jujur in relationship. Dia kelihatan sedih. Kesian gak kat dia tapi aku malas nak sebok. Bukan ape la kan sebab aku tau kalau saat emosi dia tengah tak stabil tu buang masa je tego. Usahkan nak dengar apa aku cakap, citer lagilah tak.  Aku bukan ape sebagai kawan aku concern la. Kalau aku tak anggap kawan dah lama aku cakap lantakkau la. Tapi bila lama sikit baru ok bila aku tanya. Laki memang macam tu ek. 


Yang pelik hari tu tetiba dia tego aku dulu dan double pelik lagi dia minta pendapat aku. Adeih aku bukan tak nak tolong tapi bab kapel ni aku malas la sikit sebab aku tau dia lebih pakar dari aku. Maksud aku sangat pakar. 


Aku taknak cakap banyak. Aku just nak cakap yang girl tu beruntung sebab kawan aku tu sayang sangat kat dia. Nasib baik sayang mengatasi segalanya. Kalau tak? Ask yourself.


Jadi sayangilah pasangan anda. Takmau tipu. Takmau curang.


P/S: aku memang paham kau. kau? pasti tak. T_T

Wednesday, 7 December 2011

Suke gile babeng woi!

HAHAHAHA !


Ni bukan cite lawak okeh. Tapi ni aku terlampau excited gile babeng kuasa lima. Hahhh ambikk kuasa lima terus!

Gile ke kau?

Waras lagi ni wehh. Huahuahua. Suke gile babeng ni. Serious! Rasa tetiba hilang mengantok plakk. Hohoho


amik kau favourite terus dowh! HAHA


Oh ye nama i terpaksa dipadam. Sebab i pemalu. Serious. 

Sile jeles. 

Saat ini aku rasa nak terkinja depan laptop je. Hyayayahaha. 

Kbai !

P/S: nak mimpi Izzue sat

Friday, 2 December 2011

Disaat perasaan itu menyerang daku

Rasa geli geli tekak je nak tulis tajuk tu tapi aku terpaksa. Terpaksa tulis demi meluahkan isi hati aku ni. Huhhh

Ekceli aku ntah kenapa rasa jeles plak. Sebelum ni tak penah plak rasa macam ni. Macam la tak biasa nampak kan.

Pekebenda aku nak jeles jeles ni?

Sebenarnya kan..erm..erm..aduh susah la nak cakap..sebab aku jarang sangat rasa macam tu. Sebenarnya ntah kenapa tak semena mena aku jadi jeles bila ternampak crush aku dok komen komen dengan pompuan mana ntah. Ye kawan baik aku tu lah crush aku.

Hak alahhh crush je punn. Kecoh sangat kan. Tapi tu lah aku pun tak paham. Rasa nak tepok dahi berulang ulang kali je. 

Arghh tak ganas la wei nak jeles jeles plakk!


P/S: degil benar eh kau perasaan. Grrr



Aku...aku...aku..arghh malu nak cakap

Hye bros.

Hurm hurm dulu kan aku penah citer pasal ni. Ala pasal kawan baik lelaki aku tu. Yang aku cakap aku suke dia tu. Aku kan tak penah mintak pun nak suke dia. Tapi perasaan tu datang sendiri tanpa diundang. Jiwang puihh. Tapi aku serious la suke dia. Aku tak pasti la dia perasan ke tak. Mungkin dia perasan. Ohoi malunya aku mak!

Penah terpikir beberapa kali nak bagi email layang je kat dia. Macam ni,

Aku suka kau lah weh! Kbai. 

Agak agak apa perasaan dia bila baca email tu eh. Terharu? Terkedu? Tekujat? Terkentut? Ehh. 

Susah la kan kalau tersuka dengan kawan baik sendiri ni. Lagi pulak aku dengan dia hu-ha-hu-ha je. Kalau aku cakap aku suka dia nanti takke dia bantai gelak kat aku sampai guling guling keluar isi perut. Ingat aku memain. 

Kan bagus kalau aku buleh backspace je perasaan aku ni. Adoihh seksa jiwa rohani fizikal i ni nokk. uhukk.




A guy and a girl can be friends. But sooner or later one will fall for the other.
Maybe too early, maybe too late, but maybe, just maybe forever.

P/S: rinduuu