Showing posts with label bengang. Show all posts
Showing posts with label bengang. Show all posts

Wednesday, 21 December 2011

Ye saya memang kawan yang baik

Haip kengkawans si pembaca senyap!


Tak buleh belah puji diri sendiri haktuii. Eh tak baek ludah ludah weh. Bukan nilai murni. 

Dua hari lepas adalah hari bengang Eff. Ye akulah Eff. Eff adalah aku. Aku adalah Eff. Gedik main ulangulang ciss. Kalau nak citer bengang aku tu mau berkajang kertas kajang pun tak mungkin cukup. Tapi apa yang aku nak cakap kat sini ialah pada hari yang sama tersebut aku tak bengang keseorangan. Aku bengang beramai ramai. Tengah sebok mengtweet rasa bengang aku di twitter, aku nampak dua makhluks yang juga bengang. 

Yang sorang ni bengang sebab ade lelaki yang bermulut ohmakkau kalah pompuan melaseri beliau. Tahap longkang. Aku simpati kat beliau sebab beliau perempuan. Menitik air mata bila dilaser sedemikian. Aku taktau la ape masalah lelaki tu sampai nak laser kawan aku camtuh. Dia ade buat salah kat kau ke hah? Hah? Hah? Kau ni mental ke hape. Kau ingat kau ensem ke hoi? Sila minum klorox sekarang. Aku kesal sebab tak dapat tolong beliau. Hanya boleh suruh beliau bersabar. Kalau lagi dilayan lagi seronok mangkuk tersebut. Bermakna misinya berjaya. 

Lagi sorang kawan aku ni bengang dengan gf dia. Aku taktau details tapi yang aku tau si awek telah menipu dia. Tak jujur in relationship. Dia kelihatan sedih. Kesian gak kat dia tapi aku malas nak sebok. Bukan ape la kan sebab aku tau kalau saat emosi dia tengah tak stabil tu buang masa je tego. Usahkan nak dengar apa aku cakap, citer lagilah tak.  Aku bukan ape sebagai kawan aku concern la. Kalau aku tak anggap kawan dah lama aku cakap lantakkau la. Tapi bila lama sikit baru ok bila aku tanya. Laki memang macam tu ek. 


Yang pelik hari tu tetiba dia tego aku dulu dan double pelik lagi dia minta pendapat aku. Adeih aku bukan tak nak tolong tapi bab kapel ni aku malas la sikit sebab aku tau dia lebih pakar dari aku. Maksud aku sangat pakar. 


Aku taknak cakap banyak. Aku just nak cakap yang girl tu beruntung sebab kawan aku tu sayang sangat kat dia. Nasib baik sayang mengatasi segalanya. Kalau tak? Ask yourself.


Jadi sayangilah pasangan anda. Takmau tipu. Takmau curang.


P/S: aku memang paham kau. kau? pasti tak. T_T

Saturday, 3 December 2011

Manusia ni memang pelik kan

Hari ni Alwin (nama tipu) ajak aku makan kat luar memandangkan fudkot tutup hari ni. Aku ikut je. Dah lama tak makan luar. Lagi pun housemates aku semua takde kat rumah. Ade event nak kena handle. 

Sambil makan, ktrg borak borak sekali. Macam macam citer kuar. Bukan mengumpat tapi luahan rasa kesal. Alwin citer kat aku pasal sorang akak ni. Kita panggil dia Y ok. Aku kenal akak ni sebab satu kolej jugak. Dan lagi sorang ni satu batch dengan ktrg, kita panggil dia N ok. 

Y ngan N ni dah memacam citer aku dengar pasal dorang. Dan terbaru Alwin citer yang dorang dah block Alwin. Ye block fesbuk. Sebelum ni Y pun penah buat perkara yang sama dekat aku tapi aku tak citer pun kat Alwin. Aku sendiri tak paham kenapa dia buat macam tu. Sampai sekarang aku taktau sebab dia buat macam tu.

Ye aku tau benda ni macam kebudak budakan je. Fesbuk kena block pun nak kecoh kan. Tak puas hati sikit block. Block block block. Eh ape kau ingat hadap sangat ke fesbuk kau tu? Memang tak ah. Tapi kalau dah takde angin takde ribut tiba tiba buat macam tu. Ade ke orang buat benda sesaja bosan sebab takde keje lain nak buat? Aku percaya la mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu. Nak kata aku ada mengata dia? Takde kot. Aku bukanlah rapat sangat dengan dia. 

Aku tak suka la wei musuh musuh dengan orang ni. Kau kalau tak puas hati kenapa tak cakap depan depan je?

Kalau kita takde masalah dengan orang, orang pulak ade masalah dengan kita. Ahh wadehel betul la. Buang masa je pikir sal orang macam ni. haktuihh

P/S: memang takde life la kau. so lame!

Friday, 2 December 2011

Memang normal ke aku je yang pelik?

Hey hey hoi


Meh aku nak gosip gosip sikit. Mulut aku tenga becok ni. jhahaha. Ok camni, aku ade sorang kawan ni. Kira kawan baik aku jugak la. Aku kenal dia masa memula aku nak masuk kolej beberapa tahun dulu kala. Eh macam dah lama gile plak kan. 

Ok gini, kawan aku tu dia ade pakwe. Jyeah semua orang ade pakwe except aku. kahkah pathetic gile tak? Berbalik pada kawan aku tadi. Ok kita panggil dia A ya. Aku tengok kan twenty four seven dok gayut dengan pakwe dia. Eh eh eh bukan i nak jeles la nok oi. Tapi yang aku peliknya lepas gayut message lagi. Gayut message gayut message gayut message. Sebaik saja letak je tepon dari cuping telinga terus bedesup message plak. Apekeheyy. Tertanya tanya la gak kan apa kau borak berjam jam tadi pastu kau message apa plak. Begitulah rutin harian beliau. Aku ni cuma mampu memerhati dari jauh. Jauh ke? Sebelah je pun. 

Pernah sekali tu kawan aku bengang dengan si A. Sebab? Dia bleh gayut masa tengah ade keje penting. Oh whatthehell. Sape tak bengang oi? Kalau aku pun aku bengang derr. Dan aku plak pernah beberapa kali cakap dengan dia masa dia tengah message dengan pakwe dia. Tapi dia tak dengar apa aku cakap pun. Terharu aku waktu tu. puihh. Oh shit ni serious bikin panas! Waa banyak geram la wehh. Sakit hati sakit hati sakit hati. 

Damn you!