Saturday, 31 March 2012

Hari ini hari Sabtu

Biasanya kalau hari Sabtu aku memang akan keluar dengan housemate tapi hari ni lain. Hari ni aku hanya terperap dalam rumah...dan aku sorang sorang! arghh. Bebudak rumah semua takde. Dua orang pegi Kontan sebab ade dinner yang lagi sorang plak dah selamat sampai PD. Kesian kan aku. Terpaksa melayan perasaan kat umah ni sorang sorang sambil sedut megi perisa tomyam.  *lap air hingus*

Aku tak pinta lahir sebegini wuuuu

Okay just cut the crap. Tengahari tadi aku dapat satu msg dari ex-senior aku, kak Tira. Msg tu aku baru perasan sejam kemudian. Since kak Tira ade kat sini, so dia ajak aku and adik junior yang lain keluar gi pasar. Tapi memandangkan mata aku bermasalah sikit iaitu sakit mata jadi aku buat keputusan untuk tak nak ikut. Aku pun taktau la asal mata aku bangun je tadi  jadi camni. Sedeyyy. Pathetic betul. Walau apa pun saya rindu kakak ):

Next week aku sangat bizi like a hell sebab ade tests and presentation untuk law. Doakan aku supaya dapat melalui hari tersebut dengan cemerlang.

Ok chow. 


Wednesday, 28 March 2012

Laa saya ingat awak lelaki !

Aku percaya ramai yang penah main mende ni. Alah chatroom tu apekenama dia  tu haaa mirc. Kalau tak penah main pun mesti penah dengar kankankann.

Dulu aku main mende ni masa pirst year. Chat dengan bebudak kolej. Nama je satu kolej tapi bukan kenal pun. Gile hapee ngko sebijik kolej ngko kenal. Dah ar pakai nick ntah hape hape. Bukan aku la. Nick aku comel okay kahkahkah. Tapi still ada yang konpius. Ntah tak paham aku kenapa mereka begitu. 

Aku ade member member dalam tu yang aku selalu chat. Memula memang tak kenal pun. Tapi bile lelama terbongkar jugak identiti aku dan mereka. Pehh memula macam eh tak sangka aku kawan dengan ngko rupenya. Ktrg kira cam rapat gak ar. Tapi dorang tu kira cam senior aku la. Kekadang kalau weekend penah stay up sampai Subuh. Tapi takla selalu. Ade la tak lebih dari empat kali. Gile hape nak selalu buat. Pitams aku wei.  

Tapi ade sorang ni selalu je pm aku. Selalu. Memula aku takde la pikir pelik pun. Aku pikir oh dia memang nak kawan kot. Budak tu pompuan. Cakap aku kau je. Tapi lama kelamaan aku taktau la asal aku rasa macam pelik plak budak ni. Cara dia chat tu macam suka aku. E r r r k k k . Ngko taktau ke aku ni pompuan oi. Aku rasa macam selalu je memember aku dok tulis nama betul aku masa chat. Pastu plak aku dengar yang kawan aku penah gtau yang budak ni penah gtau yang dia suka kawan aku tu. Bila kawan aku cakap yang dia pompuan baru dia dah tak kacau kawan aku tu. 

Sememangnya dia taktau yang aku ni pompuan. Aku pun tak ingat cemana dia boleh tertau. Dan lepas dia tau aku pompuan, dia langsung tak tego aku dah. kahkahkah

Okay nampak sangat la kan. Diskriminasi betul ciss

ni sapa ni?

Boleh bawak menanges aku kalau teringat kenangan dengan dorang. Ghindu gile wei. -_-

P/S: aku rasa maybe sebab cara aku chat tu kelihatan kacak kot?


Saye suke law!

Tiap tiap hari Rabu. Macam biasa kelas pukul 8 pagi. Sem ni satu kelas ni je yang paling awal. Pukul 7.30 dah kena siap siap. Aku mengamalkan gaya hidup sehat dengan berjalan kaki  pegi kelas. Oh ya ni merupakan tips untuk kurus. Sepanjang aku blaja kat sini takde lagi masuk hospital sebab jalan kaki pegi kelas dan rata-rata adalah spesis yang bukan lemak berlebihan. Kalau dah sehari dua kali jalan kaki dari kelas ke hostel selama 15 minit celah mane nak simpan lemak kannnn.

Maka mulalah keluar lah dialog dialog seperti ini

Weh asal kau kurus?
Kau makin kurus plak aku tengok.
Camner kau je tak gemok?

Macam jeles? bhahahaa. Okay peribliskan dialog dialog tu semua sebab sekarang aku nak citer pasal kelas law. Kelas yang paling tak bosan abad ini. Baca secara antonym. Bukan aku benci subject ni cuma kelas yang ade presentation memang bosan nak meninggal dan member group yang tak sehaluan. Aku memang cepat bosan pun. Payah jugak kalau jenis cepat bosan ni. Eh bencinya kite!

Bosan pasal presentation tu satu hal. Nak kena hantar assignment  group pun lagi dua hal. Dengan group member yang tak datang kelas la ade midterm la apela banyak alasannnnn ngko cilakak. Semalam tetengah malam call cakap lepas kelas nak buat discussion alih alih ngko yang tak datang. Ape cerr? Yang sorang tu plak kalau aku msg susah gile nak reply. Last last tak reply pun. Tau la aku bukan pakwe ngko. Haihh campak je blackberri mu tu ke longkang. Memang bikin panas. Sakit pulak hati kite ni! awrrr

nasib baik aku BUKAN major in law

Sekian.