Tuesday, 27 March 2012

Generasi saya

Hi, lately saya sangat rajin update blog. Yeah sangat sangat sangat rajin melihatkan entri yang diupdate sebanyak 2 ke 3 kali sehari update. Betapa banyak sangat tu. Okay cukup untuk introduksi.

Have you guys seen this video?  MY GENERASI



FLASHBACK

Melihat video ini mengingatkan saya pada zaman sekolah rindu dulo dulo. Bukan rindu sekolah tapi rindu zaman tu. Zaman main batu seremban dalam kelas. Pantang cikgu takde bedesup laju je lambung batu batu tu. Saya ingat lagi dulu kalau main batu seremban dengan budak lelaki konfem dorang kalah. Sebab ape? Yeah sebab tangan dorang keras. Nak main bende ni tangan tu harus serupa penari gelek. Eh penari makyung. Lemah gemalai okeh. Ini kerana demi menampung batu batu tersebut dari terjatuh dan tergolek dari tangan.

Banyak kenangan zaman sekolah dulo dulo.

Zaman tu la saya dengan member saya sakat budak lelaki. Budak baru la katekan. Sebagai budak lama mana boleh sombong. Tak baik. Haruslah beramah mesra. Ngahah. Kesian dia baru je masuk dah kena buli dek bebudak perempuan. Nasib tak menangis je. Dah la dia anak Cikgu Besaq wuhuu. Berani betul membuli anak Cikgu Besaq. Tapi kami tak membuli dari segi fizikal. Sakat sakat mulut je. Eleh takkan nak menangis kot. Tak cool la lelaki menangis kan. Muahaha. Tapi lepas tu kami jadi kawan : )

Bila time PJ. Bukan Putrajaya mahupun Petaling Jaya tapi Pendidikan Jasmani ye. Ktrg sebuk main lompat getah. Memula memang main dengan geng pompuan je tapi tak lama lepas tu budak laki sebuk jugak nak join. Eh sebuk betul la kan! Ktrg baik jadi ktrg pun terpaksa alu-alukan dorang main sekali. Risau pulak takut balik nanti menangis sedu-sedu sebab tak dapat join main lompat getah. LOL. Tapi bedebah! Dorang suka main elat. Menipu! Menci kitew! huh.

Pernah satu kali tu, saya pegi sekolah macam biasa. Time ni saya baru darjah empat. Sampai je letak beg atas kusi pastu duduk. Tapi yang luar biasanya bila saya tengok dalam laci meja ade sesuatu. Eh kertas ape plak ni? Nyemak je. Rupa rupanya bukan sekadar kertas tapi sepucuk surat. Kaler biru tak silap saya. Saya pun bukak la surat tu. Saya cuma paham yang dia tulis dia sukakan saya. Yang lain saya tak paham kejadah ape dia tulis. Sebab tulisan dia tak cantik! Ngaaa apa ni apa ni! Dengan rasa tak bersalah bercampur neves saya terkoyakkan surat tu. Lepas tu terbuang dalam tong sampah kelas. Maap saya neves. Sampai sekarang saya taktau sape yang bagi surat tu kat saya. Dia macam ada tulis nama dia kat depan sampul tu tapi tu lah tulisan dia memang buat saya  tak paham. Kesimpulannya lain kali kalau nak tulis surat tu tulis elok elok. Jangan tulis guna kaki. Ngaha sorry awak kitew neves! Tapi mana ade orang confess guna surat dah sekarang kan. Muka-ke-muka la baru cool!

Zaman kecik kecik saya memang boyish sikit. Suka kawan dengan laki. Kawan abang saya pun saya nak kawan. Abang saya nak mandi sungai dengan kawan dia pun saya nak ikut.  Sebuk betul budak ni kan. Abang saya bagi ikut je tapi tak bagi saya campur sangat dengan kawan kawan dia. Bukan sebab kawan dia jahat ke hape tapi sebab saya pompuan. Tak elok la kan pompuan kawan dengan lelaki. Ish ish. Tak manis dipandang gittew. Siap gaduh pun penah dengan kawan abang tu. Ewahh ngko ni jantan ka betina? Ganas betul.

Bila teringat balik semua ni, ya rabbi aku ke ni? Sambil tepuk dahi. Macam tak pecaya pulak.

Tapi bila dah masuk sekolah menengah dah lain dah. Tak campur sangat dah dengan budak laki. Selalu kawan dengan gegurl je. Jadi pemalu pula tu. kahkahkah

People change and so do feelings.

Macam dah terpanjang plak tulis. Ok chow!

Pi Es: Kepada awak si penulis surat tu, jangan tacink ye. Usia tu terlalu muda untuk berchenta. kbai

4 8910 huahuahua:

amrlaqm said...

fuiyoooo ada peminat tuuuu!
hehehe

E F F said...

@Aqiim
jangan nak fuiyooo sgt la kan.
hahaha xD

nine said...

O_o

terbeliak bijik mata, hahah

E F F said...

@Peah bukan nama sebenar
apehal apehal? lol