Wednesday, 28 December 2011

Saya gay saya ok. Err

Yo yo!


Aku skang ni tengah tension. Tension plus geram hoihh! Rasa nak baling baling je dughiyan kat muka kawan aku yang sorang ni. Rasa je. Buat tak pun. Haih kalau nak pape mesti nak time tu jugak. Takleh nak saba sikit. Perangai taknak kalah pompuan haihh. Naik lomak betoi. Arghhh. Demi nak lupakan geram aku tu aku nak update belog sepuaih hati aku. Hah!

Oh ya, semenjak dua tiga menjak ni kan macam selalu plak isu pasal gay ni timbul. Aku pun tak paham nape jadi macam ni. Situ gay sini gay sinun gay. Haisyyoo. Tengah isu gay ni hangat diperkatakan, aku terjumpa plak sebuah fesbuk (eh sebuah ke?) yang pemiliknya dikatakan gay. 

Ekceli kalau uollz nak tau owner fesbuk tu aku penah kenal dulu. Tapi bagi aku bukan boleh diklasifikan sebagai kawan kot? Sebab masa aku kenal beliau tu, aku kenal kat mespes je. Ye mespes la mespes. Borak sekali dua je pun. Heh. Tapi! Aku memang cam ar muka beliau. Betul gay ke tidak tu beliau sendiri je yang tau. Aku taknak komen kang tak pasal pasal tambah lagi dosa yang sedia ada ni. Hohoho.

Dan! Tengah kepala aku masih ligat fikir pasal gay, tetiba ada sorang bro yang juga blogger tweet pasal gay jugak! lololo

Aaaaarr apakah maksud semua ini?


Kompen la hancur luluh berkecai hatikuh kalau orang yang aku suka seorang gay

Kengkawan lelaki aku tolong la jangan mengada ngada melibatkan diri dalam golongan tersebut. Aku tetiba teringat kat salah sorang kawan aku ni. Adakah beliau? Adakah adakah? Please please jangan camtuh. Kang aku nangis kang sape nak pujuk ni. Haa haa. Tapi yang paling penting jangan bakal suami aku nanti gay. Ade gak yang terbunuh nanti haa. 

P/S: jadi normal ok?

Friday, 23 December 2011

Apa nak jadi dengan kau ni hah?

Aku sendiri sampai taktau nak ukur tahap kemalasan aku ni. Betapa nerakanya malas ini. cis cis cis. Study memang tak boleh lebih dari tiga jam. sak sak! Lagi bape hari je nak final woi. Kau ingat kau bijak cepat pick up sangat ke? Hotakmu *terjun KLCC

Natang elmo yang comel

Nak study malas. Nak makan tak malas plak? 

Okay rasanya aku tau kenapa. kbai

P/S: i miss you like a hell !


Wednesday, 21 December 2011

Ye saya memang kawan yang baik

Haip kengkawans si pembaca senyap!


Tak buleh belah puji diri sendiri haktuii. Eh tak baek ludah ludah weh. Bukan nilai murni. 

Dua hari lepas adalah hari bengang Eff. Ye akulah Eff. Eff adalah aku. Aku adalah Eff. Gedik main ulangulang ciss. Kalau nak citer bengang aku tu mau berkajang kertas kajang pun tak mungkin cukup. Tapi apa yang aku nak cakap kat sini ialah pada hari yang sama tersebut aku tak bengang keseorangan. Aku bengang beramai ramai. Tengah sebok mengtweet rasa bengang aku di twitter, aku nampak dua makhluks yang juga bengang. 

Yang sorang ni bengang sebab ade lelaki yang bermulut ohmakkau kalah pompuan melaseri beliau. Tahap longkang. Aku simpati kat beliau sebab beliau perempuan. Menitik air mata bila dilaser sedemikian. Aku taktau la ape masalah lelaki tu sampai nak laser kawan aku camtuh. Dia ade buat salah kat kau ke hah? Hah? Hah? Kau ni mental ke hape. Kau ingat kau ensem ke hoi? Sila minum klorox sekarang. Aku kesal sebab tak dapat tolong beliau. Hanya boleh suruh beliau bersabar. Kalau lagi dilayan lagi seronok mangkuk tersebut. Bermakna misinya berjaya. 

Lagi sorang kawan aku ni bengang dengan gf dia. Aku taktau details tapi yang aku tau si awek telah menipu dia. Tak jujur in relationship. Dia kelihatan sedih. Kesian gak kat dia tapi aku malas nak sebok. Bukan ape la kan sebab aku tau kalau saat emosi dia tengah tak stabil tu buang masa je tego. Usahkan nak dengar apa aku cakap, citer lagilah tak.  Aku bukan ape sebagai kawan aku concern la. Kalau aku tak anggap kawan dah lama aku cakap lantakkau la. Tapi bila lama sikit baru ok bila aku tanya. Laki memang macam tu ek. 


Yang pelik hari tu tetiba dia tego aku dulu dan double pelik lagi dia minta pendapat aku. Adeih aku bukan tak nak tolong tapi bab kapel ni aku malas la sikit sebab aku tau dia lebih pakar dari aku. Maksud aku sangat pakar. 


Aku taknak cakap banyak. Aku just nak cakap yang girl tu beruntung sebab kawan aku tu sayang sangat kat dia. Nasib baik sayang mengatasi segalanya. Kalau tak? Ask yourself.


Jadi sayangilah pasangan anda. Takmau tipu. Takmau curang.


P/S: aku memang paham kau. kau? pasti tak. T_T