Wednesday, 21 December 2011

Ye saya memang kawan yang baik

Haip kengkawans si pembaca senyap!


Tak buleh belah puji diri sendiri haktuii. Eh tak baek ludah ludah weh. Bukan nilai murni. 

Dua hari lepas adalah hari bengang Eff. Ye akulah Eff. Eff adalah aku. Aku adalah Eff. Gedik main ulangulang ciss. Kalau nak citer bengang aku tu mau berkajang kertas kajang pun tak mungkin cukup. Tapi apa yang aku nak cakap kat sini ialah pada hari yang sama tersebut aku tak bengang keseorangan. Aku bengang beramai ramai. Tengah sebok mengtweet rasa bengang aku di twitter, aku nampak dua makhluks yang juga bengang. 

Yang sorang ni bengang sebab ade lelaki yang bermulut ohmakkau kalah pompuan melaseri beliau. Tahap longkang. Aku simpati kat beliau sebab beliau perempuan. Menitik air mata bila dilaser sedemikian. Aku taktau la ape masalah lelaki tu sampai nak laser kawan aku camtuh. Dia ade buat salah kat kau ke hah? Hah? Hah? Kau ni mental ke hape. Kau ingat kau ensem ke hoi? Sila minum klorox sekarang. Aku kesal sebab tak dapat tolong beliau. Hanya boleh suruh beliau bersabar. Kalau lagi dilayan lagi seronok mangkuk tersebut. Bermakna misinya berjaya. 

Lagi sorang kawan aku ni bengang dengan gf dia. Aku taktau details tapi yang aku tau si awek telah menipu dia. Tak jujur in relationship. Dia kelihatan sedih. Kesian gak kat dia tapi aku malas nak sebok. Bukan ape la kan sebab aku tau kalau saat emosi dia tengah tak stabil tu buang masa je tego. Usahkan nak dengar apa aku cakap, citer lagilah tak.  Aku bukan ape sebagai kawan aku concern la. Kalau aku tak anggap kawan dah lama aku cakap lantakkau la. Tapi bila lama sikit baru ok bila aku tanya. Laki memang macam tu ek. 


Yang pelik hari tu tetiba dia tego aku dulu dan double pelik lagi dia minta pendapat aku. Adeih aku bukan tak nak tolong tapi bab kapel ni aku malas la sikit sebab aku tau dia lebih pakar dari aku. Maksud aku sangat pakar. 


Aku taknak cakap banyak. Aku just nak cakap yang girl tu beruntung sebab kawan aku tu sayang sangat kat dia. Nasib baik sayang mengatasi segalanya. Kalau tak? Ask yourself.


Jadi sayangilah pasangan anda. Takmau tipu. Takmau curang.


P/S: aku memang paham kau. kau? pasti tak. T_T

3 8910 huahuahua:

amrlaqm said...

errr nk tnya boleh?

blog nie baru tukar url ye?
bukan sblum nie pijakpijak ke?
kann kannn? :)

E F F said...
This comment has been removed by the author.
E F F said...

@Aqiim
yup yup betoi sangat! pandainya anak sape la ni :D hehe bukan pe nak selarikan nama belog ngan url. (: